CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 556|Reply: 1

[Tempatan] COVID-19: 4,759 kes baharu, 70 peratus jangkitan di Lembah Klang

[Copy link]
Post time 27-7-2022 11:25 AM | Show all posts |Read mode
COVID-19: 4,759 kes baharu, 70 peratus jangkitan di Lembah Klang


Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Sejumlah 4,759 kes baharu COVID-19 direkodkan semalam, dengan hampir 70 peratus membabitkan jangkitan di sekitar Lembah Klang sahaja.

Laman COVIDNOW memaklumkan jumlah itu termasuk tiga kes import, sekali gus menjadikan keseluruhan 46,260 kes aktif sehingga tengah malam tadi.

Berdasarkan maklumat, Kuala Lumpur dan Selangor merekodkan angka jangkitan baharu tertinggi dengan masing-masing 1,840 dan 1,447 kes.

Negeri lain pula membabitkan Perak dengan 223 kes, diikuti Pulau Pinang (211), Sabah (209), Negeri Sembilan (170), Kedah (130), Melaka (103), Sarawak (95), Johor (74), Kelantan (73), Putrajaya (59), Pahang (47), Terengganu (37), Labuan (27) dan Perlis (14).

Rekod juga mengesahkan sembilan kematian dilaporkan semalam, dengan tiga kes BID atau meninggal dunia ketika dibawa ke pusat kesihatan atau hospital.

Sejak minggu lalu, purata 8.9 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara untuk 30 hari pula purata 6.2 kematian yang menunjukkan trend peningkatan.

Daripada jumlah kes aktif direkodkan, 44,708 kes atau 96.6 peratus menjalani kuarantin di rumah, diikuti 1,477 dimasukkan ke hospital, 23 di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan 52 di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 28 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sejak COVID-19 melanda, negara merekodkan kumulatif 4,621,835 kes dengan 35,932 kematian di seluruh negara.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... tan-di-lembah-klang

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2022 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada bau2 nk pkp lg x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.423610 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list