View: 345|Reply: 0
|
[Dunia]
4 maut, 60 cedera susulan gempa bumi di utara Filipina
[Copy link]
|
|
4 maut, 60 cedera susulan gempa bumi di utara Filipina
Manila: Empat orang maut, manakala 60 lagi cedera selepas gempa bumi bermagnitud 7.1 melanda utara Filipina hari ini, kata Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Bencana itu memecahkan tingkap bangunan dan menggegarkan menara bertingkat, di ibu negara Manila.
Gempa bumi itu melanda wilayah Abra yang bergunung-ganang di pulau utama Luzon pada 8.43 pagi waktu tempatan, kata USGS.
Di bandar Dolores, lokasi yang mengalami kekuatan penuh gempa itu, orang ramai ketakutan berlari keluar dari rumah dan kedai mereka, kata Mejar Polis Edwin Sergio kepada AFP.
"Gempa itu sangat kuat. Sayuran dan buahan yang dijual di pasar juga tidak tersusun selepas meja musnah," katanya sambil menambah terdapat keretakan kecil di bangunan balai polis.
Sebuah video yang disiarkan di Facebook dan disahkan oleh AFP menunjukkan keretakan di jalan dan tanah di bandar berdekatan Bangued, walaupun tiada kerosakan pada rumah atau kedai.
Tetapi beberapa orang yang cedera di Bangued dibawa ke hospital, kata ketua polis Mejar Nazareno Emia kepada AFP.
"Beberapa bangunan di sini retak. Bekalan elektrik dan internet juga terputus," katanya.
Ahli Kongres Ching Bernos, yang mewakili Daerah Lone Abra berkata, gempa itu menyebabkan kerosakan kepada banyak isi rumah dan pertubuhan, tetapi tidak mengulas lanjut.
Pelajar universiti Mira Zapata berada di rumahnya di bandar San Juan apabila dia berasa gegaran yang sangat kuat.
"Kami mula menjerit dan bergegas keluar. Rumah kami okay tetapi rumah di bawah bukit rosak," katanya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... i-di-utara-filipina
|
|
|
|
|
|
|
| |
|