CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 595|Reply: 8

[Tempatan] Warga cina ditahan: Sindiket tipu tiket wayang, pekerjaan tak wujud tumpas

[Copy link]
Post time 27-7-2022 05:32 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 27-7-2022 01:34 AM

Sindiket tipu tiket wayang, pekerjaan tak wujud tumpas[size=14.399999618530273px][size=0.8]Oleh Noor Hidayah Tanzizi - Julai 27, 2022 @ 10:30am[email protected]


[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url]




Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid (kanan) menunjukkan barang rampasan sindiket penipuan dalam talian di Lumut. - Foto NOOR HIDAYAH TANZIZI




Manjung: Polis menumpaskan sindiket penipuan dalam talian yang menawarkan penjualan tiket wayang dan pekerjaan tidak wujud selepas menahan 83 individu termasuk 10 warga China di beberapa lokasi sekitar Lumut, di sini, kelmarin.

Semua individu terbabit terdiri daripada 59 lelaki dan 14 wanita warga tempatan, sembilan lelaki serta seorang wanita warga China berusia antara 17 hingga 54 tahun.

Mereka ditahan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman dan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung yang berjaya membongkar empat pusat panggilan hasil risikan selama dua minggu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, sindiket itu aktif sejak dua bulan lalu dengan menyasarkan mangsa yang tinggal di luar negara seperti Hong Kong dan England.

Beliau berkata, ahli sindiket itu juga menjadikan beberapa unit inap desa di sebuah apartment di Lumut sebagai pusat panggilan dan penginapan pekerja.

"Sindiket terbabit menawarkan penjualan tiket wayang yang disiarkan di Hong Kong dengan pelanggan dikehendaki melayari laman web dan mendaftar untuk membeli tiket serta membuat bayaran.

"Selain itu, mereka turut menawarkan pekerjaan tidak wujud kepada warga England dengan gaji AS$50 (RM223) hingga AS$180 (RM803) sehari.

"Mangsa yang berminat akan diberi pautan untuk penerangan lanjut dan dikehendaki mendaftar serta menyelesaikan tugasan dalam website itu sebelum diberi gaji," katanya pada sidang media di IPD Manjung, hari ini.

Mengulas lanjut, Mior Faridalathrash berkata, pekerja sindiket itu dikawal ketat sepanjang masa oleh beberapa lelaki tempatan dan warga China dengan makanan akan dihantar dua kali sehari.

"Siasatan awal mendapati sindiket itu memiliki beberapa kumpulan yang dipecah kepada beberapa pusat panggilan yang mana setiap pusat akan menjalankan penipuan dalam talian berlainan mengikut modus operandi diberikan.

"Terdapat juga unit inap desa yang disewa untuk menempatkan pekerja baharu yang direkrut bagi dihantar ke lokasi lain yang masih dikenal pasti," katanya.

Beliau juga berkata, pihaknya turut merampas barang kes seperti wang tunai bernilai RM21,786, dua kereta, 541 telefon bimbit, 19 komputer riba, 20 portable TP Link, 59 komputer serta beberapa barang lain yang dianggarkan bernilai hampir RM800,000.

"Semua individu berkenaan direman selama tiga hingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 120B Kanun Keseksaan.

"Kita percaya individu warga China menjadi 'guide' atau pengajar kepada pekerja lain tetapi kita masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti dalang dalam sindiket ini," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/07/980983/sindiket-tipu-tiket-wayang-pekerjaan-tak-wujud-tumpas



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2022 05:35 PM | Show all posts
Puak ini datang Malaysia dan jadi scammer
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada ini sebahagian 1.2 juta yang gagal di kesan
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 27-7-2022 10:57 PM
ultra78 replied at 27-7-2022 05:35 PM
Puak ini datang Malaysia dan jadi scammer


kami ditindas di Msia.....igtkan yg lenlain tu..x nk la mai pijak bumi Msia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 06:30 PM | Show all posts
ultra78 replied at 27-7-2022 05:35 PM
Puak ini datang Malaysia dan jadi scammer

dalaNGnya PSATI dapIG
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 06:41 PM | Show all posts
glump replied at 27-7-2022 05:53 PM
Ada ini sebahagian 1.2 juta yang gagal di kesan

10 kena tangkap...ada lagi 1,199,990 terlepas

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2022 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
kurang la sikit 1.2 juta yang tak balik mai land tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kata orang yang dirasuah ni dihukum gantung. Dideclare as pengkhiabat negara, lepas tu satu family sumbat kat penjara sebab syubhat. Lemak sangat la makan tuMbuk rusuk ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2022 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 27-7-2022 05:35 PM
Puak ini datang Malaysia dan jadi scammer

Aaa...ms pokok tgk rancangan tv cari jodoh raykat tanah besar pon derang nyer calon2 bride ader bisik2 (tp masok tv gak ...ahakss..) ckp groom yg pi mesia mmg kjnyer scammer....huhuhuhuhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.257329 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list