AFRIKA SELATAN: Kegagalan penuh bergaya seseorang yang diamanahkan merakam lamaran romantik di tepi pantai menyebabkan pengguna media sosial ketawa geli hati.
Ia menunjukkan wanita perakam video itu terjatuh sehingga tiga kali ketika cuba merakam lamaran perkahwinan kakaknya.
Menurut Sunday Times berpangkalan di Afrika Selatan, lokasi di pantai ketika lamaran itu berlangsung, angin sedang bertiup kencang.
Perakam tersebut dikenali sebagai Celine Edwards yang teruja untuk merakam salah satu detik paling bersejarah dalam hidup kakaknya.
Namun, dia akhirnya merakam lebih banyak batu dan pasir berbanding aksi kakak dan bakal suaminya meraikan detik indah itu.
Video itu bermula dengan pasangan itu tiba di pantai.
Semasa teman lelaki kakaknya bersiap sedia untuk melamar, Celine mengeluarkan telefonnya untuk merakam.
Dia berjalan mencari posisi terbaik, namun kakinya tersadung batu menyebabkan dia terjatuh.
Celine memberitahu pasangan itu dia tidak dapat merakam detik itu dan cuba bangun, tetapi terjatuh lagi kali kedua.
sarawakvoice.com/2022/07/27 |