CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 410|Reply: 1

[Dunia] WHO gesa golongan homoseksual had aktiviti seksual

 Close [Copy link]
Post time 28-7-2022 10:31 AM | Show all posts |Read mode
WHO gesa golongan homoseksual had aktiviti seksual


Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus


GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam menggesa golongan homoseksual yang menjadi kumpulan paling terjejas akibat virus cacar monyet supaya mengehadkan pasangan seksual mereka ketika peningkatan kes itu di seluruh dunia.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, pada Sabtu lalu mengisytiharkan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global turut menasihati cara terbaik untuk melindungi daripada jangkitan adalah 'mengurangkan risiko pendedahan'.

"Bagi lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki digesa mengurangkan bilangan pasangan seksual anda, mempertimbangkan semula hubungan seks dengan pasangan baharu dan berhubung dengan mana-mana pasangan baharu untuk membolehkan tindakan susulan jika perlu," katanya.

Tedros berkata, lebih 18,000 kes cacar monyet dilaporkan kepada WHO dari 78 negara dengan 70 peratus kes dilaporkan di Eropah dan 25 peratus di Amerika Syarikat (AS).

Lima kematian turut dilaporkan sejak Mei dan sekitar 10 peratus daripada mereka yang dijangkiti pula berakhir di hospital.

Sebanyak 98 peratus kes dikesan berlaku terhadap lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki.

Satu kajian diterbitkan dalam New England Journal of Medicine minggu lalu mendapati, sebanyak 98 peratus individu yang dijangkiti adalah lelaki gay atau biseksual dan 95 peratus kes menular melalui aktiviti seksual.

Sementara itu, WHO turut mengalu-alukan kajian baharu yang menyimpulkan COVID-19 pertama kali muncul di pasar haiwan di Wuhan, China, namun kekal menegaskan masih terlalu awal untuk menolak teori lain.

"Semua hipotesis kekal di atas meja," kata Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan kepada pemberita di ibu pejabat agensi kesihatan PBB di Geneva.

Sebelum ini, kajian baharu yang diterbit dalam jurnal Science, melaporkan pasar haiwan liar dan unggas eksotik hidup di Wuhan, China dikenal pasti sebagai pusat penyebaran wabak COVID-19.

Kajian itu menjawab persoalan sama ada virus terbabit merebak daripada haiwan ke manusia atau akibat kemalangan makmal untuk berlaku wabak seterusnya. - AGENSI

Sumber:https://www.bharian.com.my/dunia ... ad-aktiviti-seksual

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2022 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.051596 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list