View: 2341|Reply: 25
|
Macam Samseng Marah-Marah- Abang Long Batu Pahat Dah Kena 'Angkut', Berebut Kawasan Niaga Buah Rupanya
[Copy link]
|
|
BATU PAHAT – Tindakan seorang lelaki berlagak samseng memarahi seorang peniaga wanita yang berlaku di sekitar Batu Pahat sebelum video insiden itu tular sejak semalam rupanya kerana berebut kawasan berniaga.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, hasil siasatan ke atas video berdurasi dua minit tujuh saat yang tular itu mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah restoran di Parit Raja di sini.
Menurutnya, ketika kejadian, pengadu yang juga seorang wanita bersama anaknya menunggang motosikal menjual buah potong dari satu kedai ke satu kedai lain pada waktu malam.
“Pengadu sebelum ini menjalankan perniagaan yang sama di sekitar kawasan Tongkang Pecah sejak 10 tahun lalu bersama tiga orang anaknya berusia antara 12 hingga 17 tahun.
“Bagaimanapun, pengadu berhasrat meluaskan kawasan jajaannya hingga ke Parit Raja sebelum ditahan oleh suspek dan memarahinya dengan cara yang kasar agar tidak mengganggu kawasan perniagaan suspek,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ismail berkata, susulan kejadian pada pujul 11.45 malam, 25 Julai lalu, pengadu iaitu wanita berusia 40 tahun tampil membuat laporan polis di Balai Polis Parit Raja.
Tegasnya, lelaki yang berusia 37 tahun itu bagaimana pun berjaya ditahan dan disoal siasat, hasil siasatan mendapati suspek juga adalah seorang peniaga buah potong dan minuman.
“Suspek mengakui memarahi pengadu kerana tidak mahu pengadu menjaja di kawasan Parit Raja kerana boleh menjejaskan perniagaannya,”katanya.-CARI
Sumber: Kosmo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Patut la asik ulang tanya nk niaga lagi je nak niaga lagi ke.... rezeki Allah luas takut sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Keh keh. Luaskan kuasamu sangat.. |
|
|
|
|
|
|
|
perangai sejenis bifoti yg suka cop parking |
|
|
|
|
|
|
|
Niaga buah potong pun macam gangster |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 28-7-2022 05:10 PM
Keh keh. Luaskan kuasamu sangat..
camceng taikucing ni ummah terbahagia yg berhijrah sbb suka merantau haa abes la kena tadah mata baca kutukan acik porem |
|
|
|
|
|
|
|
Niaga buah potong pelam jeruk tu? Yg melambak Tak traffic light tu siap ada yg pakai kostume jual Kat traffic light ..Tak bagi org kenal ke apa . mostly tu mmg bukan orang local pun..org pantai timur sana |
|
|
|
|
|
|
|
bakingsoda replied at 28-7-2022 05:19 PM
camceng taikucing ni ummah terbahagia yg berhijrah sbb suka merantau haa abes la kena tadah ...
Kelantam ke sis? Tak bukak bideo. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan melayu brader ni.. biasa melayu santau je.. ni mesti bangla x pon rohingya yg berlagak samseng.. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi peniaga buah mmg samseng la. meol pernah tanya harga buah berapa then meol rasa mahal & dia punya buah pon tak fresh so harga tu mcm tak berbaloi bagi meol, meol pon pilih la buah murah pastu dia marah lak, terus dia tak kasi meol beli. huhuhuu serba salah dibuatnya. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi peniaga buah mmg samseng la. meol pernah tanya harga buah berapa then meol rasa mahal & dia punya buah pon tak fresh so harga tu mcm tak berbaloi bagi meol, meol pon pilih la buah murah pastu dia marah lak, terus dia tak kasi meol beli. huhuhuu serba salah dibuatnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Konon gangster...sampai balai kecut tolo dan² buat² bz call sane sini |
|
|
|
|
|
|
|
ek elehhhhh...petang2 makan pisang goreng cicah sambal kicap...Batu Pahat, Johor! (ala2 video tiktok) |
|
|
|
|
|
|
|
padah muka ko... tak pasal2 kena bayar saman...
hahahahaa..... |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ko penguatkuasa pun nk halang org.
Buruk nyer perangai. Acah2 nk jd samseng.
Dlm video tu rasenya jantan tu tau dia direkod..kalau tak lg naik hantu. Setakat niaga buah kat jln pun nk rebut kaw konon.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|