CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 483|Reply: 2

[Tempatan] Desak kerajaan hapus subsidi bahan api

[Copy link]
Post time 28-7-2022 02:51 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.


Desak kerajaan hapus subsidi bahan api

PETALING JAYA – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak kerajaan supaya menghapuskan subsidi bahan api, petroleum dan diesel bagi mengurangkan bebanan kewangan kerajaan.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, kerajaan membelanjakan lebih RM3 bilion setahun untuk subsidi petrol sahaja.

“Jumlah itu sangat tinggi sedangkan golongan berkemampuan tidak sepatutnya menerima subsidi. Sebaliknya, kerajaan perlu memperluaskan skim permohonan subsidi bahan api tersebut dengan kaedah yang lain.

“Bayangkan golongan berpendapatan tinggi memiliki pelbagai jenis kenderaan boleh dapat subsidi minyak tidak kira berapa banyak pendapatan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, PPIM mencadangkan skim subsidi petrol melalui kaedah permohonan secara terus.

“Jika golongan berpendapatan tinggi berasa tidak malu dan mahu mohon, silakanlah mohon tetapi pihak kerajaan harus bijak dalam menangani isu ini,” katanya.

Ujarnya lagi, antara kaedah dilihat boleh menjadi medium permohonan adalah aplikasi MySejahtera atau dikembarkan bersama sistem cukai jalan negara yang mana cukai jalan mengikut keupayaan enjin dan subsidi boleh diberi dengan kaedah sama. -KOSMO! ONLINE




Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... -subsidi-bahan-api/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2022 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa bangsa subsidi sebenarnya?


Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 06:29 PM | Show all posts
antara kaedah dilihat boleh menjadi medium permohonan adalah aplikasi MySejahtera

biar betul ppim cadang mcm ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.117499 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list