CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1039|Reply: 7

Penuntut Mengamuk Sampai Terpaksa Diikat Sebab Tertekan Siapkan Tesis

[Copy link]
Post time 28-7-2022 09:24 PM | Show all posts |Read mode
Tak dinafikan, menggalas tanggungjawab sebagai seorang pelajar bukanlah satu perkara yang mudah lebih-lebih lagi apabila perlu menyiapkan satu-satu tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Itulah yang dilalui seorang pelajar dari Indonesia ini apabila dia dipercayai berdepan masalah untuk menyiapkan tesisnya.


Tular sebuah video mengenai seorang penuntut dari Indonesia dipercayai tertekan dengan masalah untuk menyiapkan tesisnya.


Video dikongsikan pengguna TikTok userrrr_123456y (mamduh_ramdani) memaparkan seorang pemuda dalam keadaan tertekan sedang duduk di ruangan sebuah rumah.








Dalam keterangan video pendek berkenaan, pemuda ini memaklumkan itu adalah situasi dialaminya di mana dia mengamuk sehingga terpaksa diikat.


Menurut sumber, ia dipercayai berpunca akibat tekanan dan stres melampau dialaminya sebagai penuntut institusi pengajian tinggi untuk menyiapkan tesis dalam tempoh diberikan.

















Memetik laporan Suara.com, pemuda berkenaan dipercayai mengalami masalah jiwa atau Anxiety Disorder. Bagaimanapun, dia dilaporkan sudah lulus pengajiannya.


Difahamkan, dia kini sedang mendapatkan rawatan dan berada dalam fasa pemulihan.


Sementara itu, menerusi video lain, pemuda ini turut berkongsi pengalaman dan situasi dilaluinya sepanjang proses penyembuhan.





TikTok



Rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat pemuda ini supaya terus kuat dalam mengharungi dugaan hidup.




Sumber: OhBulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2022 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Academics ni bukan sesuai untuk semua orang.

Kalau rasa tertekan dek sebab tuntutan pengajian, maybe taking up trade skills lebih sesuai untuk karier dan janakan pendapatan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 09:34 PM | Show all posts
aduhai, tesis tak terkejar, mental health dah kacau pulak
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan nak kata laa tapi sekarang study memang susah laa.. Tengok budak2 sekarang kesian dengan subjek, assigment berlambak2, masa xcukup. Bertabah laa yaa sapa2 yang duk study lagi tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 11:09 PM | Show all posts
mclaren replied at 28-7-2022 09:28 PM
Academics ni bukan sesuai untuk semua orang.

Kalau rasa tertekan dek sebab tuntutan pengajian, mayb ...

Masalahnya yang sering terkesan mental ni budak2 yang cemerlang akademik.

Budak2 yang tau tak boleh pergi dalam bidang akademik ni dari awal wat lek jer. Tak pernah lagi dengar tukar belajar kemahiran sebab mental.


Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2022 11:19 PM | Show all posts
Masih ada eh pasung di indonesia. Orang tua dulu2 panggil balai polis tu rumah pasung.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2022 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 12:23 AM | Show all posts
aku sorang je ke yang tak nampak semua video?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.201312 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list