CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 428|Reply: 3

[Dunia] Thailand naikkan tarif elektrik minggu depan

[Copy link]
Post time 29-7-2022 10:06 AM | Show all posts |Read mode

Pekerja memasang panel solar di bumbung Hospital Universiti Thammasat pada 2018 bagi mengurangkan bil elektrik. - Pattanapong Hirunard

Thailand naikkan tarif elektrik minggu depan

BANGKOK – Kerajaan Thailand dijangka menaikkan tarif bil elektrik pada kadar 4.72 baht (RM0.57 sen) seunit pada empat bulan terakhir tahun ini, lapor akhbar Bangkok Post kelmarin.

Menurut sumber  Suruhanjaya Kawal Selia Tenaga, pihaknya memutuskan untuk menaikkan bayaran elektrik daripada 4.00 baht kepada 4.72 baht (RM0.48 sen kepada RM0.57 sen) bagi setiap kiloWatt-jam (unit) untuk tempoh September hingga Disember tahun ini.

Kadar baharu itu dijangka diumumkan suruhanjaya tersebut Isnin depan, kata sumber berkenaan.

Kadar tersebut adalah termasuk tarif bahan api sebanyak 0.93 baht (RM0.11 sen) seunit, meningkat sebanyak 0.67 baht (RM0.08 sen) seunit.

Berikutan kenaikan tersebut, Pihak Berkuasa Penjanaan Elektrik Thailand (Egat) akan terus memberi subsidi bil elektrik bagi membantu rakyat negara itu.

Hutang Egat kesan daripada pemberian subsidi itu bagaimanapun dijangka meningkat kepada 109.67 bilion baht (RM13.32 bilion) menjelang hujung bulan depan.

Kenaikan tarif elektrik itu yang terdiri daripada tarif asas dan tarif bahan api (Ft) sebahagian besarnya berpunca daripada keperluan untuk mengimport gas asli cecair (LNG) yang mahal, namun kini berfungsi sebagai bahan api utama untuk penjanaan bekalan elektrik.

Tarif asas merujuk kepada kos loji janakuasa dan sistem pengedaran, manakala Ft sebahagian besar ditentukan oleh kos bahan api yang kini meningkat akibat perang Russia-Ukraine.

Ft kebiasaannya diselaraskan setiap empat bulan. Pelarasan terbaharu dibuat pada tempoh Mei hingga Ogos lalu, dengan Ft meningkat sebanyak 0.47 baht (RM0.05) seunit. Ia menyebabkan tarif elektrik melonjak kepada 4 baht (RM0.48) seunit.

Gas asli membentuk 60 peratus daripada bahan api yang digunakan bagi menjana tenaga elektrik di Thailand.

Pengurangan bekalan gas asli daripada sumber-sumber domestik di Teluk Siam menyebabkan pihak berkuasa terpaksa mengimport lebih banyak LNG. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... ktrik-minggu-depan/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2022 10:08 AM | Show all posts
Malaysia tidak mungkin sbb nak PRU...tunggu lepas PRU lah
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak install solar panel 2016.. Ramai kata investment tidak ber baloi hampir sama saja bayar monthly... Sekarang rasa relevant if electricity di malaysia naik...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2022 12:53 PM | Show all posts
Jiran thailand bila lagi?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.048042 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list