CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3501|Reply: 52

[Tempatan] Berang dihon, lelaki pecahkan cermin kereta guna pisau

[Copy link]
Post time 30-7-2022 07:06 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Friska at 31-7-2022 08:54 AM


Tular di media sosial video yang menunjukkan suspek telah bertindak menyekat mangsa dan kemudian memecahkan cermin tingkap kereta. Gambar kecil: Muhamad Zaki Harun

Berang dihon, lelaki pecahkan cermin kereta guna pisau
HAZELEN LIANA KAMARUDIN | | 30 Julai 2022

KOTA BHARU - Seorang lelaki yang berang dihon ketika memandu bertindak luar kawal dengan menahan dan memecahkan cermin sebuah kereta dalam kejadian di simpang empat, Limbat di sini pada Khamis.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kejadian jam 5.45 petang itu berlaku ketika mangsa yang merupakan wanita berusia 35 tahun memandu berseorangan kereta jenis Perodua Axia telah dihimpit oleh suspek yang memandu kereta jenis Toyota Vios.



"Suspek yang berusia 45 tahun dan bekerja sebagai buruh itu kemudiannya, secara tiba-tiba telah bertindak menghalang laluan mangsa dengan berhenti di tengah jalan.

"Suspek kemudian menghampiri kereta mangsa yang bekerja sebagai pembantu akaun lalu memecahkan cermin kereta miliknya. Selain itu suspek turut mengugut mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa memandu secara berseorangan dalam perjalanan pulang ke rumah ibu bapanya di Kampung Kubang Rawa, di sini.



Beliau berkata, mangsa bertindak membunyikan hon selepas melihat suspek memandu secara merbahaya.

Muhamad Zaki berkata, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan hasil semakan suspek yang berasal dari Nilam Puri itu mempunyai tujuh rekod lampau.

"Susulan itu, serbuan dilakukan ke rumah suspek, namun lelaki berkenaan dipercayai telah menghilangkan diri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2022 09:45 AM | Show all posts
'Samseng' pecahkan cermin kereta, ugut wanita akhirnya ditahan
Nor Fazlina Abdul Rahim - Yesterday 4:44 pm

Kota Bharu: Pemandu Toyota Vios yang memecahkan cermin kereta dan mengugut seorang pemandu wanita di Simpang Empat Limbat, di sini, Khamis lalu akhirnya ditahan polis.

Suspek lelaki berusia 45 tahun ditahan di rumahnya di Nilam Puri, 6.30 petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata suspek kini ditahan reman empat hari bermula hari ini.

Katanya, suspek disiasat mengikut Seksyen Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 279 KK dan 427 KK.

"Siasatan mendapati, suspek mempunyai tujuh rekod jenayah lampau iaitu satu berkaitan jenayah manakala selebihnya berkaitan dadah dan polis turut merampas pisau yang digunakan ketika hari kejadian.

"Bagaimanapun, hasil ujian air kencing mendapati negatif dadah," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, polis mengesan seorang lelaki yang memecahkan cermin kereta dan mengugut pemandu wanita di Simpang Empat Limbat.

Dalam kejadian 5.45 petang itu, mangsa berusia 35 tahun memandu Perodua Axia berseorangan di Simpang Empat Limbat sebelum dihimpit Toyota Vios yang dipandu individu tidak dikenali.

Secara tiba-tiba suspek menghalang laluan mangsa dan berhenti di tengah jalan. Suspek kemudian menghampiri kereta wanita itu lalu memecahkan cermin serta mengugut mangsa.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata, siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan mangsa membunyikan hon sehingga menimbulkan kemarahan kepada suspek.

"Saya mengingatkan kepada mereka yang melakukan buli di jalanan, kita akan memastikan mereka tidak akan terlepas dan akan menerima hukuman setimpal," katanya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2022 07:08 PM | Show all posts
Edited by Friska at 31-7-2022 08:57 AM

Ini ngomong loghat Kelantan, kurang ngerti saya. Tapi suami saya bisa ngerti dan bisa ngomong loghat Kelantan karena teman kuliahnya dulu ada yang dari Kelantan



Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2022 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Igt kan gedebe tara mana
Rupanya lari jgk bila polis cari
7 rekod lampau
Ptt la bekeng
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2022 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Huk aloh klate gedebe cawwat kote buah mempele serambi Moscow serambi bermukah gommo klate gommo! malu kokram, hok ni hok tu hok ni hok tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2022 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok muka di sebalik  Screen pun sudah menakutkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2022 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Friska replied at 30-7-2022 07:08 PM
Ini ngomong loghat Kelantan, kurang ngerti saya. Tapi suami saya bisa ngerti dan bisa ngomong loghat ...

Kamu sebok mau kasi viral ini kes sebab kamu rasa gembira tengok perempuan melayu kena marah dengan dengan lelaki melayu.  Tapi ini lelaki goblok bangsat bukan lelaki kaya.  Kami perempuan melayu anggap lelaki kayak gini macam orang gila sahaja.  Tapi indon kayak kamu tengok muka ini lelaki pun pukimu sudah basah.  Baru aku tau suamimu itu mungkin kerjanya jual cendol saja.  Pun sudah cukup membasahi lobang kamu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2022 07:20 PM | Show all posts
Friska replied at 30-7-2022 07:08 PM
Ini ngomong loghat Kelantan, kurang ngerti saya. Tapi suami saya bisa ngerti dan bisa ngomong loghat ...

Saya faham..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2022 07:20 PM | Show all posts
Kota Bharu: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memecahkan cermin kereta dan mengugut pemandu wanita di Simpang Empat Limbat, Khamis lalu.

Polis turut melakukan serbuan di rumah suspek di Nilam Puri pada jam 2.30 pagi tadi namun lelaki berusia lingkungan 40-an itu tiada di kediaman dipercayai melarikan diri.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, dalam kejadian 5.45 petang Khamis lalu, mangsa berusia 35 tahun memandu Perodua Axia berseorangan di Simpang Empat Limbat.

"Kenderaan mangsa dihimpit Toyota Vios yang dipandu suspek tidak dikenali.

"Secara tiba-tiba suspek menghalang laluan mangsa dan berhenti di tengah jalan. Suspek kemudian menghampiri kereta wanita itu lalu memecahkan cermin serta mengugut mangsa.

"Suspek sudah dikenal pasti dan pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Bharu dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan menjalankan pemeriksaan serta serbuan di kediaman suspek di Nilam Puri namun lelaki itu menghilangkan diri," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Terdahulu dua rakaman video masing-masing berdurasi dua minit 16 saat dan 36 saat mengenai kejadian itu tular di media sosial sejak semalam.

Muhamad Zaki berkata, usaha mengesan suspek sedang digerakkan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 279 KK dan 427 KK.

"Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara selama tempoh enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya bagi kesalahan memandu dengan berbahaya dan hukuman penjara selama dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya bagi kesalahan khianat harta benda.

"Bagi kesalahan mendatangkan ugutan jenayah, jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara selama tempoh sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

"Sehubungan itu, kami mengingatkan orang ramai supaya tidak bertindak mengikut perasaan tanpa pertimbangan yang sewajarnya dan tindakan tegas akan diambil jika perkara itu mendatangkan ancaman kepada individu yang lain," katanya.


Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2022 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaki dadah kot.. otak tingtong
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2022 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2022 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Dasar jantan celaka. Ajak pi balai takut pulak...kakau berani sgt pi balai..entah2 kereta tu pun kereta curi...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2022 07:37 PM | Show all posts
Nnoor2 replied at 30-7-2022 07:30 PM
Dasar jantan celaka. Ajak pi balai takut pulak...kakau berani sgt pi balai..entah2 kereta tu pun ker ...

Perempuan tu mengandung. Berani dia ajak laki tu balik ke rumah dia utk bincang. Video tu habis setakat tu aje. Tak tahu apa berlaku lepas tu. Perempuan tu dah ajak laki tu gi balai polis tapi laki tu tak nak.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2022 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Pic ke-2 sarat dengan filter level maksimum.
Nampak flawlessness naw wajah suspek tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2022 07:46 PM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 30-7-2022 07:18 PM
Kamu sebok mau kasi viral ini kes sebab kamu rasa gembira tengok perempuan melayu kena marah dengan ...

Idih, jorok sekali omongan mu Kakak, lagi mens? Karena wanita yang ndak punya suami kalau lagi mens, sering labil emosinya
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2022 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 30-7-2022 07:37 PM
Perempuan tu mengandung. Berani dia ajak laki tu balik ke rumah dia utk bincang. Video tu habis se ...

Dari cara perempuan ni ckp...dia dlm ketakutan..suara ada getaran takut jd dia panik dan pakai cakap je tanpa fikir akibat......sebab lelaki tu ajak dia bertembung kereta berdepan kan?...betul x fahaman akak ttg perbualan depa kecek kelate tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2022 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Friska replied at 30-7-2022 07:46 PM
Idih, jorok sekali omongan mu Kakak, lagi mens? Karena wanita yang ndak punya suami kalau lagi men ...

Helooo tolong la ko guna bahasa melayu @ malaysia dgn betul...tak faham langsung apa ko tulis friska
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2022 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Friska replied at 30-7-2022 07:46 PM
Idih, jorok sekali omongan mu Kakak, lagi mens? Karena wanita yang ndak punya suami kalau lagi men ...

Karna omonganku tentang kamu semuanya beneran belaka..  Perampok suami kepada seorang perempuan melayu kamu ya?  Majikan kamu lagi ya dia?  Sungguh kamu itu najiz..  
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2022 08:09 PM | Show all posts
Larikan diri eh....tahu pun engkau takut.....ingatkan berani sangat....dasar terlur penyu....gedebe tapi pengecut!

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2022 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Berani sama perempuan je....patutlah perangai camtu rupanya memang jahat siap ada beberapa rekod jenayah
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2022 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
jantan tunjuk samseng dgn pompuan... polis cari tau lak sembunyi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.094827 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list