CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3659|Reply: 50

[Tempatan] Rogol: Azali dipenjara 64 tahun

[Copy link]
Post time 30-7-2022 07:44 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 30-7-2022 03:46 AM

Rogol: Azali dipenjara 64 tahun



TERTUDUH diiring keluar anggota polis selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal.


  • Oleh HADI AB MANAP
  • 29 Julai 2022, 7:00 am















MELAKA: Akibat melarikan seorang pelajar tingkatan satu dari sebuah sekolah di Klang, Selangor ke Melaka untuk dirogol, seorang juruteknik dijatuhkan hukuman penjara 64 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Mohd. Sabri Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Azali Abu, 40, yang membuat pengakuan bersalah terhadap lapan pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut empat pertuduhan, tertuduh yang berkahwin dan mempunyai dua anak didapati telah merogol seorang kanak-kanak berusia 13 tahun tanpa kerelaannya.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Tertuduh juga dihadapkan dengan empat pertuduhan me­lakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama dan didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah akta sama.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Bachang, dalam daerah Melaka Tengah pada 16 dan 17 Jun 2022.

Berdasarkan fakta kes, ke­giatan tertuduh dikesan pada 16 Jun 2022 apabila ibu mangsa dihubungi pemandu van sekolah, memaklumkan remaja tersebut tidak ditemukan selepas tamat waktu persekolahan.

Wanita itu kemudian menghubungi rakan anaknya dan diberitahu bahawa mangsa dilihat menaiki sebuah kereta bersama seorang lelaki.

Pada 18 Jun 2022, mangsa pulang ke rumah dan membe­ritahu dirogol sebanyak empat kali antara pukul 10 malam pada 16 Jun 2022 sehingga pukul 10 malam keesokannya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukuman diringankan kerana menyesal dan insaf dengan perbuatannya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim dan memohon hukuman berat dikenakan dengan mengambil kira tindakannya melarikan seorang pelajar sekolah dari Klang dan dibawa ke tempat asing di Melaka.

Tertuduh juga berusia 40 tahun manakala mangsa hanyalah seorang pelajar tingkatan satu dan sepatutnya golongan dewasa membimbing kanak-kanak tersebut, bukan sebaliknya.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun dan satu sebatan bagi setiap kesalahan merogol dan penjara enam tahun serta satu sebatan bagi setiap pertuduhan amang seksual fizikal.

Mahkamah memerintahkan hukuman di bawah Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan berjalan secara berasingan, manakala Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 berjalan serentak dari tarikh ditangkap, 25 Jun lalu. – UTUSAN





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2022 07:58 PM | Show all posts
mempersiakan hidup.................atau dah tak berapa betul?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2022 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian budak nie pasti trauma

Harap mereput di dalam jail! Tak dikhabarkan kenapa dia bawak budak nie pulang ke rumah
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2022 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh apa aku baca ni?? Babi ni kidnap budak tu ke??
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2022 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Smg mampos dlm jel kena bantai banduan lain!manusia paling celaka dlm dunia adalah perogol!
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2022 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
kes baru . Bulan lepas. kot dia ada penyakit kesian budak sekolah tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2022 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
zaman skrg terlalu byk budak2 sekolah berkeliaran, mak ayah hantar sekolah pun boleh lagi murid tu u turn pegi tempat lain… (at least kat sekolah anak i) tu yang masa waktu kejadian cikgu susah nak detect kena culik (perdaya) ke atau betul2 ponteng
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2022 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
kat sekolah anak i, cikgu akan bagi sijil kehadiran penuh utk murid2 yg jujur pergi sekolah. kalau ada surat excuse (mc @ attend event / sports etc) terap dikira kehadiran penuh. Purata 1 kelas dlm 6 org aje yg dpt sijil tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2022 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
setannnnyyyyaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2022 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
So kira sampai mampus dalam penjara?

Untunglah makan tanggung berak cangkung kat situ, patut matikan aje, save duit
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2022 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu masa aiol praktikal pun ada kes lebih kurang begini. Pelajar Cina Form 2. Masa turun di bus stop depan sekolah, tiba2 ada jantan Cina juga, datang tanya arah jalan. Pura2 sesat gitu la. Budak ni dengan baiknya explain arah mana patut dia pegi. Jantan tu purak2 la bilang tak tau pehtu perdaya budak tu suruh masuk kereta tunjuk jalan, nanti dia hantar balik sekolah katanya. Budak ni pun naif, ikut je. Ah memang pun jantan tu hantar balik kat bus stop tu tapi lepas dia dah rogol budak tu. Gempar sekolah menangis2 budak tu minta tolong cikgu. SMK Skudai. Kot ada yang tau kes ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2022 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa agaknya yang dia fikir masa culik & rogol budak tu? Nak kata budak2 dah tua, bodoh eh...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2022 11:50 PM | Show all posts
dah ada 2 anak tu
semoga anaknya tidak pernah jadi mangsa bapak sendiri
semoga cepat mati

pasti mangsa trauma
4 kali kot
enak2 kau hantar balik
acah2 selamat daripada hukuman
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2022 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Gila khinzir la ko celaka..sorry den JD panas hati..den hrp ko mampus cepat..klu nk minta Mati sblm taubat, mcm kejam Pula.. mampus la ko CPT..celaka tua kutuk tak sedar Diri.. harkkkktuihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2022 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
faraway1 replied at 30-7-2022 10:56 PM
So kira sampai mampus dalam penjara?

Untunglah makan tanggung berak cangkung kat situ, patut matika ...

setuju sis.orang macam.ni layak dibunuh dengan kejam.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2022 12:21 AM | Show all posts
Org mcm ni mmg patut mereput dlm penjara..dah ada bini n ank masih tergamak culik ank org n rogol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2022 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
gekkou replied at 30-7-2022 11:50 PM
dah ada 2 anak tu
semoga anaknya tidak pernah jadi mangsa bapak sendiri
semoga cepat mati

dia budget budak tu tak boleh explain kat polis siapa dia . cekap polis syabas
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2022 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 30-7-2022 11:33 PM
Dulu masa aiol praktikal pun ada kes lebih kurang begini. Pelajar Cina Form 2. Masa turun di bus sto ...

zaman dulu2 dlm sekitar tahun 2000 gitu ada baca paper,  kat senai … budak pompuan tingkatan 2  tunggu bas  sekolah dgn adik lelaki . Ada kereta benti tanya mana ic, lelaki tu kata dia polis, budak tu naif  kata tak bawak, “polis” tu kata kena balik ambik, suruh budak tu masuk keta konon nak pegi rumah ambik ic.  terus di bawa -tak tahu kat mana- pulang balik kat bus stop dah kena rape . ni i baca paper . tak sure apa kesudahan kena tangkap ke tak org jahat tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2022 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 30-7-2022 04:28 PM
zaman dulu2 dlm sekitar tahun 2000 gitu ada baca paper,  kat senai … budak pompuan tingkatan 2  t ...

Aiyo. Kes yang aiol cerita tu pun sekitar 2000an juga. Tapi tak ingat la masuk paper ka tidak. Macam tidak je. Housemate ai masa tu praktikal kat sekolah tu. Dia yang bagitau weols.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2022 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 31-7-2022 12:38 AM
Aiyo. Kes yang aiol cerita tu pun sekitar 2000an juga. Tapi tak ingat la masuk paper ka tidak. Mac ...

tahun 2000an kan mmg lelaki jahat ambik kesempatan atas budak2 sekolah yg naif & mentah sbb media massa masa tu labelkan budak2 pompuan yg kena rape sbg bohsia atas kesalahan sendiri  …. bermula dgn kes bekas muntri melaka uolssss. Kes rape masa tu macam nak salahkan budak perempuan padehal kebykan kes diperdaya & KALAU suka sama suka pun lelaki dewasa tu pujuk rayu bagi hadiah, ajak naik keta etc alaaa budak sekolah mmg la time tu samada bebas sbb anak mangsa penceraian atau kena kongkong zaman tu parents masih oldskool lagi (bukan macam sekarang)… nak gurau tepuk tampar dgn kawan lelaki pun tak berani sbb kawan lelaki akan kata “gatal gedik” . so emosi budak2 tu kalau di ajak keluar lelaki dewasa lelama budak tu akan trust stranger tu . seperti yg telah berlaku pada mangsa muntri kat melaka tu tetaplah budak pompuan tu yg kena cop bohsia. Lelaki boleh cuci tangan. Media buatkan society berfikir that way
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.060705 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list