CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 847|Reply: 0

Skuad takraw negara juara acara beregu

[Copy link]
Post time 31-7-2022 03:51 PM | Show all posts |Read mode

Skuad sepak takraw negara bergambar bersama Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (MASTAF) Datuk Suhaili Abdul Rahman (tengah) selepas majlis penyampaian hadiah Kejohanan Sepak Takraw Dunia Piala Raja Thailand ke-35 di Bangkok hari ini.

BANGKOK: Skuad sepak takraw negara berjaya merangkul gelaran juara pada final acara beregu lelaki Kejohanan Sepak Takraw Dunia Piala Raja Thailand ke-35 selepas menewaskan Laos 2-1 di Bangkok pada Ahad.

Ini merupakan satu-satunya gelaran dimenangi skuad sepak takraw pada kejohanan kali ini.

Gandingan Muhammad Noraizat Nordin, Aidil Aiman Azwawi dan pemain simpanan Muhammad Afifuddin Mohd Razali menewaskan pasukan Laos yang dibarisi Noum Souvannalist, Laksanaxay Bounphaivanh dan pemain simpanan Kantana Nanthisen dengan 25-24, 14-21, 21-18.

Pada set pertama, gandingan Malaysia yang mendahului permainan terpaksa terikat pada 24-24, namun Malaysia telah mendapat servis dan berjaya menoktahkan kemenangan dengan 25-24.



Pada set kedua, Malaysia ketinggalan 12-15 berikutan kesilapan pemain termasuk servis dan pukulan, walaupun Muhammad Afifuddin dimasukkan, ia gagal menggalas cabaran dan pasukan Malaysia terpaksa akur dengan 14-21.

Pada set penentuan, gandingan Muhammad Noraizat dan Aidil yang mendahului Laos 14-13 berjaya mengutip empat mata berturut-turut.

Pasukan Laos yang memasukkan Kantana gagal mengubah nasib dan Malaysia berjaya memuktamadkan permainan 21-18.

Jurulatih kebangsaan Mohd Rashidi Nordin berkata 'blocking' gandingan Muhammad Noraizat dan Aidil pada set penentuan telah menyumbang mata penting kepada Malaysia.

"Kedua-dua pasukan telah mempamerkan kekuatan seimbang pada set penentuan tetapi pada penghujung persaingan, pasukan Malaysia dapat bantuan daripada blocking. Ini telah menyumbang kepada kemenangan Malaysia," katanya kepada Bernama.



Pemain sepak takraw lelaki kebangsaan Muhammad Noraizat Mohd Nordin beraksi ketika menentang pasukan Laos pada final acara beregu lelaki Kejohanan Sepak Takraw Dunia Piala Raja Thailand ke-35 di Bangkok hari ini.
Pemain sepak takraw lelaki kebangsaan Muhammad Noraizat Mohd Nordin beraksi ketika menentang pasukan Laos pada final acara beregu lelaki Kejohanan Sepak Takraw Dunia Piala Raja Thailand ke-35 di Bangkok hari ini.

Pada Kejohanan Sepak Takraw Dunia Piala Raja Thailand ke-35 yang berakhir hari ini, Malaysia turut meraih tempat ketiga acara regu berpasukan lelaki Divisyen Perdana dan acara regu lelaki.

Selain itu, skuad sepak takraw wanita, anak didik Ahmad Mohd Zin menamatkan saingan di tempat ketiga acara beregu wanita. - BERNAMA
https://www.bharian.com.my/sukan ... -juara-acara-beregu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.690584 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list