CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 492|Reply: 2

[Tempatan] Polis buru dua kumpulan lelaki merusuh di kedai makan

[Copy link]
Post time 31-7-2022 07:48 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 31-7-2022 03:51 AM

Polis buru dua kumpulan lelaki merusuh di kedai makan
NORHASPIDA YATIM | | 30 Julai 2022



KUALA TERENGGANU - Polis memburu dua kumpulan lelaki yang disyaki terlibat dalam pergaduhan menggunakan senjata berbahaya di luar sebuah kedai makan di Kuala Ibai di sini pada malam Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, pergaduhan melibatkan 15 hingga 20 individu di luar premis milik seorang wanita itu dipercayai berlaku akibat perselisihan faham berhubung isu parkir kenderaan.

"Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu menerima maklumat berkenaan kejadian bergaduh menggunakan senjata di luar premis kedai makan milik seorang wanita di Kuala Ibai di sini pada jam 9 malam, Khamis lalu.

"Susulan itu, pihak polis ke lokasi kejadian dan mendapati kesemua suspek telah melarikan diri," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, seramai lapan suspek telah ditahan dalam operasi yang dijalankan sehingga petang Jumaat dan usaha mengesan beberapa suspek lain sedang giat dijalankan.

"Siasatan awal mendapati pergaduhan berlaku antara seorang lelaki yang merupakan seorang penyewa rumah dengan seorang pengawal keselamatan di kawasan perumahan itu.

"Ia dipercayai berpunca daripada perselisihan faham berhubung isu parkir kenderaan yang berlaku pada pagi hari kejadian," katanya.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, beliau menegaskan, kejadian tersebut berpunca daripada perselisihan faham, bukan berpunca daripada isu perkauman yang boleh menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan orang awam.

"Situasi keselamatan di kawasan berkenaan adalah terkawal dan orang awam dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian.

"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Rohaidy di talian 013-9324302 atau berhubung dengan bilik gerakan IPD Kuala Terengganu di talian 09-6322243," katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... usuh-di-kedai-makan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-7-2022 07:49 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2022 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 1-8-2022 01:58 PM

Ummah kicap ni kalu bergaduh  pagi , mesti  malam datang balik  serang  . Siap bawak geng dan senjata kayu parang semua..bila dah ramai naik jadi berani. Boleh bunuh membunuh sesuka hati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.043433 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list