View: 3855|Reply: 64
|
[Tempatan]
Hantaran kahwin....jangan ikut selera 'kayangan'!
[Copy link]
|
|
Soal hantaran kahwin merupakan satu isu yang sangat sensitif dan boleh menimbulkan salah faham sehingga boleh mencetuskan perbalahan di antara dua keluarga malah juga boleh menyebabkan berlakunya penceraian.
Dalam filem-filem P. Ramlee sejak dari dulu lagi soal hantaran kahwin telah ditonjolkan sebagai salah satu isu besar dalam masyarakat Islam.
Pada hari ini, didapati terdapat ramai yang masih terpaksa bergolok-gadai kerana wujudnya segelintir ibu bapa yang turut mengambil peluang meletakkan ‘harga tinggi’ pada anak mereka.
Agama Islam sebenarnya menuntut agar urusan perkahwinan dipermudahkan. Namun, agak-agak berapakah nilai hantaran kahwin yang sesuai untuk zaman sekarang?
Wartawan eksekutif akhbar Kosmo!, Mohd. Rasdan Ahmad telah mengupas isu ini melalui satu artikelnya yang berjudul – Hantaran Kahwin Jangan Ikut Selera ‘Orang Kayangan’.
Dalam artikelnya tersebut, beliau menyentuh mengenai soal kemampuan yang selalunya diketepikan.
Biasanya, apa yang diutamakan oleh pasangan pengantin adalah agar majlis sekali seumur hidup itu nampak gah dan mewah.
Akibatnya, pengantin terpaksa menanggung hutang sehingga anak Darjah Empat pun pinjaman yang dibuat belum tentu habis dibayar.
Golongan yang suka bermegah-megah ini juga rata-ratanya tidak fikir tentang kehidupan selepas berkahwin yang memerlukan wang yang banyak untuk membina kehidupan baharu.
Kebiasaannya, wang hantaran pula mencecah sehingga RM20,000 dan paling rendah RM10,000 itupun pengantin perempuan yang ada Diploma Bidang Pertanian.
Menurutnya lagi, wang hantaran kahwin sebenarnya merupakan hadiah berbentuk wang tunai yang diberikan oleh pihak bakal suami kepada bakal isteri.
Nilai wang hantaran kahwin pula wajar diterima dengan rela hati oleh kedua-dua belah pihak kerana pemberian ini sebenarnya tidak wajib dan tidak perlu.
Apa yang wajib hanyalah mas kahwin yang perlu disediakan pengantin lelaki bagi memuliakan kaum wanita.
Ini adalah sebagai menandakan kaum lelakilah yang mencari dan berusaha mengeluarkan harta demi pasangan hidupnya.
Menurut Mufti Pulau Pinang, Datuk Wan Salim Wan Mohd, agama Islam menyarankan supaya hantaran mahar oleh pihak pengantin lelaki tidak membebankan sehingga boleh menghalang atau menyukarkan perkahwinan.
“Terkadang pihak pengantin lelaki terpaksa berhutang untuk memenuhi tuntutan mahar yang tinggi oleh keluarga gadis yang ingin dikahwini,” jelasnya kepada Kosmo!
“Menurut hadis Nabi, wanita yang paling diberkati di dalam kehidupan kekeluargaannya ialah yang paling kurang maharnya,” tambahnya lagi.
Bagaimanapun, persoalan mahar ini bergantung kepada kewangan pihak pengantin lelaki dan jika dia dari golongan yang kaya dan mampu, boleh diberikan kepada pihak perempuan mahar yang sesuai dengan kemampuannya.
Mahar yang diberikan itu tidak perlulah sampai membebankan sehingga menyukarkan pernikahan atau menyusahkan pasangan terbabit setelah mendirikan rumah tangga akibat terpaksa menanggung hutang yang banyak.
Adalah penting bagi kedua-dua pihak agar dapat berbincang dengan ikhlas supaya urusan perkahwinan dilaksanakan dengan mudah tanpa membebankan mana-mana pihak.
Sumber
|
|
|
|
|
|
|
|
Alah, awal sangat masuk komen |
|
|
|
|
|
|
|
Kawin dgn anak yatim. Kenduri sanak saudara dan jiran tetangga cukup. Tak perlu nak impress anybody. Duit lebih, buat guna untuk rumah membina hidup baru. Semua happy |
|
|
|
|
|
|
|
harga barang sudah naik lah..apa sangat RM20K tak cukup sebenarnya |
|
|
|
|
|
|
|
mas kahwin tu mahar n wajib ada kan? kalau takde, tak sah kawin kan?
hantaran tu budaya melayu/hindu yang kalau takde pun still sah kawin kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
ikut style mat salleh, buat resepsi utk ahli keluarga terdekat sahaja...tidak lebih dr 50 org...kejadah nak ajak org2 kampung masa zaman skrg ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Sbb nak dapat duit salam kaut. Itu yg jemputan 1 kampung, lagi ramai lg banyak kutipan.
|
|
|
|
|
|
|
|
ezacbee replied at 1-8-2022 11:47 AM
Sbb nak dapat duit salam kaut. Itu yg jemputan 1 kampung, lagi ramai lg banyak kutipan.
Klu jemputan pn org kmpung je salam kaut pn 5-10 hengget je… |
|
|
|
|
|
|
|
itu tandanya masyarakat melayu miskin..
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau time hantaran dah berkira2 camna la agaknya nanti nafkah depan hari.. pepaham je la..... |
|
|
|
|
|
|
|
ezacbee replied at 1-8-2022 11:47 AM
Sbb nak dapat duit salam kaut. Itu yg jemputan 1 kampung, lagi ramai lg banyak kutipan.
Salam kaut kat malaysia ni tak untung pun sebab anonymous.
Kalau kat siam dorang kena kembalikan sampul kad jemputan yg di atas nya tertulis nama ko dgn dalam nya berisi wang ufti. Tak kan nak isi 2 hengget kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiap2 tahun mesti ada isu ni.. isu wajib di forum |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 1-8-2022 11:59 AM
Salam kaut kat malaysia ni tak untung pun sebab anonymous.
Kalau kat siam dorang kena kembalikan ...
Di daerah daerah negeri tertentu dlm malaya inipun masih mengamalkheun budaya...chcck out counter dimana akan ada petugas dgn buku logbook besar utk catitkheun sumbangan kerok berisi tetamu sebelum tiap dari tamu iteww diberi door gifts/berkat pengantin(numbers of berkat bergantung pada jumlah sumbangan)....certain perkampongan dimelaka pun masih ada kalau tak silap.... |
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline replied at 1-8-2022 11:53 AM
itu tandanya masyarakat melayu miskin..
Aku melihat undangan iteww sendiri sebagai satu penghormatan dan aku anggap konsep meraikheun iteww bukan setakat menghadirkheun diri kita tapi lebih pada meringankheun tanggungan host yg telah mengeluarkheun banyak perbelanjaan utk majlis tersebut walau mereka tidak meminta minta sumbangan dari tetamu....mereka...
Contoh....kalau majlis di hotel...aku selalu akan anggarkheun per table cost ....say RM 2000 per table of 10...average RM200 per head...so kakwu aku pergi berdua(pasangan) aku akan salam kerok minimum RM400...for 2......
|
|
|
|
|
|
|
|
konsep perkahwinan di malaysia pun banyak salahnya...ideologi nak buat majlis besar-besaran kerana nak salam duit? kalau tiada duit, usah buat majlis besar-besaran...nak tunjuk pd siapa?
budaya kurang sihat di kalangan bangsa melayu ini perlu dihentikan segera!
|
|
|
|
|
|
|
|
kadang2 kalau belah perempuan tak berkenan ngan si laki mmg die akan letak hantaran tinggi nk kasi si laki tu turn off. adelah sebabnye tu. tu yg kekdg kalau jumpe post pasal lelaki keje biasa2 buat macam2 part time nk halalkan awek tu, better muhasabah diri sebenarnya wali tu tak nak pun kat ko. wallahualam |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman kenduri2 kumpul sanak saudara dh x der.
Jemputan di hantar melalui Socmed. Kena RSVP.
Duit Hantaran di share oleh pengantin, buat byr belanja kenduri.
Barang2 hantaran sampai berbelas dulang tu di ganti dgn Vaucher Lotus dgn Giant. |
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline replied at 1-8-2022 12:20 PM
konsep perkahwinan di malaysia pun banyak salahnya...ideologi nak buat majlis besar-besaran kerana ...
Tak salah utk meraikheun,in fact ia sangat digalakkhen dlm konteks agama iteww sendiri kerna majlis walimatul urus ini harus diwar warkheun....tapi yg lebih besar pengertiannya dan pemahaman nilai agama iteww sendiri....dlm kita meraikheunnya dalam apa jua scalenya jgn sampai ada satu unsur pembaziran....kheunz?
Bak kata anak jiran aku yg 3 tahun ini....nak bina masjid ini bukan setakat persiapan asasnya, perayaannya....tapi juga sama penting.... pengisiannya.......selepas semua perasmian selesai......
|
|
|
|
|
|
|
|
Itu yang sebenarnya tapi kadang anak perempuannya sendiri pun tak faham tindakan keluarganya tu. Selain tu tak nak mengalah dengan adik beradik kaum keluarga sahabat handai jiran tertangga kawan sekerja akhirnya hantaran makin tahun makin tinggi.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|