CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 303|Reply: 0

[Tempatan] Kajian menunjukkan Lelaki lebih cenderung kemalangan jalanraya berbanding wanita.Anda setuju?

[Copy link]
Post time 1-8-2022 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Menurut laman web pemantauan toolkit, kerugian akibat kemalangan jalan raya di seluruh dunia mencecah AS$2 trilion(RM8.9 trilion) setahun.

Berdasarkan statistik juga, lebih 90 peratus kematian akibat kemalangan berlaku di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana seperti Malaysia. Menurut kajian yang dilakukan sebelum ini, lelaki didapati lebih cenderung terlibat dalam kemalangan berbanding pemandu wanita.

Ini di sebalik pelbagai stigma dilontarkan kepada pemandu wanita seperti tidak cekap, lembab, melulu dan mudah panik. Namun, hakikatnya, sekitar 73 peratus kematian akibat kemalangan jalan raya di dunia ini melibatkan golongan belia lelaki.

Antara faktor utama kemalangan di seluruh dunia adalah kelajuan, kecuaian, memandu di bawah pengaruh alkohol dan melanggar lampu merah.

Semua ciri ini ada pada pemandu di Malaysia di samping perbuatan memberikan isyarat ‘pakai niat’ yang sudah sebati dalam diri mereka.

Hampir setiap hari apabila penulis melayari laman sosial tidak kira Facebook, Twitter, Instagram atau TikTok, ada sahaja klip video paparan nahas jalan raya termasuk kemalangan maut.

Ada juga yang mendakwa bahawa nahas jalan raya di Malaysia tidak banyak berubah berbanding masa lalu. Namun, pada masa dahulu teknologi internet dan laman sosial belum ada justeru, orang ramai hanya maklum mengenai kemalangan teruk sahaja melalui laporan akhbar serta media lain.

Mungkin kekurangan hebahan menjadikan isu ini dianggap sebagai perkara biasa oleh rakyat Malaysia.

Namun, ketika laman sosial menjadi alat hubungan dan hebahan massa paling utama, ditambah pula semakin ramai pemandu memasang kamera seperti gopro dalam kenderaan, maka tidak hairanlah isu kemalangan semakin mendapat perhatian orang awam.

Berbangkit isu bagaimanakah untuk mengurangkan angka kemalangan, penulis tidak mahu menyentuhnya di sini kerana maklum jawapannya tidak akan berkesudahan.

Namun, apa yang penulis ingin katakan adalah supaya setiap kali sebelum kita memandu

atau menunggang, niat kita adalah untuk sampai ke tempat dituju dengan selamat dan faham risiko yang kita hadapi ketika di jalan raya.

Biarlah paparan video kemalangan di media sosial mencetuskan kesedaran kepada setiap pemandu bahawa malang tidak berbau dan kita ingin selamat bukan beradu tenaga atau berkonfrontasi dengan pemandu lain walaupun mereka biadab.

https://www.kosmo.com.my/2022/08/01/lelaki-lebih-cenderung-kemalangan-berbanding-wanita/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.051622 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list