CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1065|Reply: 1

Ziyad hadiahkan emas pertama negara di APG

[Copy link]
Post time 1-8-2022 04:53 PM | Show all posts |Read mode

Ziyad Zolkefli (kanan) dan Mohamad Aliff Mohamad Awi masing-masing menghadiahkan emas dan perak buat kem negara. -FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Atlet para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli menjadi penyumbang pingat emas pertama buat Malaysia di Sukan Para Asean (APG) ke-11 yang berlangsung di Solo, Indonesia hari ini.

Kejayaan itu sekali gus menjadikan emas keempatnya dalam temasya itu sejak penyertaannya dalam edisi 2013 di Myanmar.

Ziyad, 32, mengesahkan kemenangannya dengan lontaran sejauh 16.92 meter (m) pada percubaan pertama sebelum muncul juara bagi acara lontar peluru F20 (masalah intelektual) di Stadium Manahan, Indonesia.

Jelas pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016 itu, ia adalah suatu pencapaian yang membanggakan apabila dia berjaya menjadi penyumbang pingat emas pertama buat negara pada temasya kali kali ini.

"Dalam 12 tahun karier saya, ini pertama kali saya berjaya dapatkan pingat emas pertama buat Malaysia. itu satu kebanggaan untuk saya dan juga negara.

"Saya tak menyangka ini pingat emas pertama untuk negara, saya bangga dengan diri saya sendiri," katanya.

Tambah Ziyad, untuk penyertaan kali ini dia terpaksa mengorbankan masa bersama isterinya yang kini sarat mengandung dan hanya menunggu masa untuk bersalin.

"Isteri saya kemungkinan akan bersalin dalam hari ini atau esok. Saya tinggalkan dia dan korbankan diri saya untuk pergi ke para Asean. Saya cuba yang terbaik dan akhirnya saya dapat," katanya.

Sementara itu, pingat perak turut dimenangi atlet negara, Mohamad Aliff Mohamad dengan lontaran sejauh 13.46m manakala pingat gangsa menjadi milik atlet Thailand, Boonkong dengan lontaran sejauh 13.29m.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rtama-negara-di-apg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2022 08:41 PM | Show all posts
tahniah........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.058360 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list