View: 525|Reply: 2
|
[Politik]
Pintu penyatuan ummah PAS masih terbuka buat UMNO
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 1-8-2022 09:37 PM
PAS masih terbuka untuk mendukung agenda penyatuan ummah termasuk dengan UMNO menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kelak, kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Bagaimanapun, beliau berkata segalanya bergantung kepada UMNO yang dilihat bergerak secara ‘solo’ dalam beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini, lapor Bernama.
“Kita (PAS) masih mendukung hasrat untuk penyatuan ummah…kami lihat perlunya tiga parti ini (Bersatu, PAS, UMNO) duduk bersama.
“Dalam politik, PAS berdaftar sebagai komponen Perikatan Nasional (PN), kita bergerak dalam konteks PRU, kecuali Barisan Nasional buat keputusan berbeza kita bincang semula,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Himpunan Hijau 3.0 di sini, malam tadi yang turut dihadiri Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan pimpinan PAS Pahang.
Mengulas pembahagian kerusi calon PAS di Pahang, Tuan Ibrahim berkata perbincangan mengenai kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri masih belum diadakan.
“Bergantung kepada perbincangan dan kami akan buat keputusan selepas itu, berapa jumlah calon dan sebagainya bergantung kepada perbincangan dalam PN,” katanya.
https://www.agendadaily.com/politik/pas-masih-belum-tutup-ruang-untuk-penyatuan-ummah/
|
|
|
|
|
|
|
|
Boringnya asyik ulang benda sama. Kan dh ckp byk kali biar keputusan pru15 menentukan hala tuju slps itu |
|
|
|
|
|
|
|
Pengguna stesen bas kandang lembu tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
| |
|