View: 1644|Reply: 14
|
[Tempatan]
Tunku Temenggong Johor kongsi gambar, video kereta digeser
[Copy link]
|
|
Tunku Temenggong Johor kongsi gambar, video kereta digeser

TANGKAP layar rakaman CCTV yang dikongsi Tunku Idris di Instagram miliknya. FOTO Instagram Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim
Johor Bahru: Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim berkongsi kekecewaan di Instagram apabila kereta miliknya digeser sebuah kereta BMW ketika parkir di hadapan sebuah kedai roti di Jalan Serampang, Taman Pelangi di sini hari ini.
Tunku Idris turut berkongsi gambar bahagian keretanya yang tercalar dan gambar kereta yang melanggarnya, selain turut berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan insiden itu.
Daripada rakaman CCTV yang dikongsi, kejadian berlaku pada 2.17 petang tadi ketika pemandu BMW bernombor pendaftaran Singapura itu hendak ke ruang tempat letak kereta yang kosong.
Video berdurasi 60 saat itu menunjukkan pemandu lelaki keluar daripada kenderaan BMW dan berlalu pergi melewati kenderaan Tunku Idris tanpa melihat sekiranya berlaku kerosakan atau tidak.
Difahamkan, kereta dipandu Tunku Idris itu adalah kereta elektrik Honda e, kereta yang menggunakan 100 peratus elektrik dan tidak mempunyai enjin.
Ketika diminta mengulas mengenai kejadian itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai kejadian itu.
Katanya, laporan polis mengenai kejadian itu dilakukan di Balai Polis Trafik Johor Bahru Selatan.
"Bagi tindakan seterusnya, kita akan tunggu hasil siasatan nanti," katanya.
SumbeR:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ideo-kereta-digeser
|
|
|
|
|
|
|
|
Kereta Raja tu. Cepatnya ambil tindakan.  |
|
|
|
|
|
|
|
Ai ai tunku...kami akan mobilise kesemua anggota utk siasat....semua yg on leave kami panggil balik....
Inilee dunia |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti cepat tertangkap suspek itu kannn...
Kes ragut handbag aku polis tak nak siasat, dgn alasan kerugian dlm rm4k je, walaupun ada cctv n captured muka perompak. Dia kata ada byk lg kes nk siasat |
|
|
|
|
|
|
|
Kereta Anak raja..besarla kut sampai xmampu Kotak parkir nak tampung.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ala kata bff ngan temasek. Setakat kete calar ape lah sangat  |
|
|
|
|
|
|
|
Aik? Kelakar la, I shall reserve my rude comments |
|
|
|
|
|
|
|
Adoi, seram nk tulis. Ermmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Parking pn sampai terkeluar kotak  |
|
|
|
|
|
|
|
syaz_lina replied at 1-8-2022 10:33 PM
Mesti cepat tertangkap suspek itu kannn...
Kes ragut handbag aku polis tak nak siasat, dgn alasan ke ...
Lu pikir lu siapa? yg perlu nak mobilise seluruh kontinjen utk get the perpetrator?
Diri iteww cermin dulu please?
Kahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
| |
|