CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 556|Reply: 3

[Dunia] Pencuri lembu bakar 32 penduduk diburu

[Copy link]
Post time 2-8-2022 09:11 AM | Show all posts |Read mode

Kejadian tersebut berlaku di kampung Ambolotarakely dalam daerah Ankazobe. – Wikiwand

Pencuri lembu bakar 32 penduduk diburu

ANTANANARIVO, MADAGASCAR – Pihak berkuasa Madagascar mengerahkan beberapa buah helikopter tentera bagi memburu ahli kumpulan penjenayah yang membunuh 32 penduduk tempatan dengan cara membakar kediaman mereka, lapor Badan Penyiaran British (BBC) kelmarin.

Polis berkata, dalam kejadian  pada Jumaat lepas, semua mangsa dipaksa masuk ke dalam tiga buah rumah jerami yang kemudiannya dibakar.

Kanak-kanak dan wanita adalah antara korban insiden berkenaan  yang berlaku di daerah Ankazobe, utara ibu negara Madagascar, Antananarivo.

Beberapa rakaman video di sekitar kampung Ambolotarakely  yang terletak di atas sebuah bukit kecil di Ankazobe,  menunjukkan kediaman-kediaman terbabit hangus dengan hanya sebahagian daripada dinding masih kekal berdiri.

Menteri Pertahanan Madagascar, Jeneral Richard Rakotonirina menyalahkan kumpulan pencuri lembu yang dikenali dalam kalangan penduduk setempat sebagai ‘dahalo’ bertanggungjawab ke atas serangan itu.

Kejadian curi lembu dan usaha yang dilakukan untuk menghentikan jenayah tersebut telah membawa kepada serangan berunsur keganasan di negara itu selama bertahun-tahun.

Menurut Rakotonirina, beliau mengesyaki masyarakat setempat menjadi sasaran kumpulan penjenayah terbabit kerana memberikan maklumat kepada pihak berkuasa ketika operasi memerangi mereka dijalankan sebelum ini.

“Kami akan memburu mereka yang terlibat dalam jenayah ini serta semua yang bersubahat,” katanya yang melawat lokasi kejadian selepas serangan.

Rakotonirina turut melawat sebilangan mangsa yang dimasukkan ke hospital, di mana tiga daripadanya dirawat di unit rawatan rapi. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/08 ... 32-penduduk-diburu/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2022 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga mereka ditangkap dan diberi hukuman yang setimpal
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 11:12 AM | Show all posts
dah macam movie zaman 3 musketeers pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2022 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahatnya..mcm savages zaman dulu2 suka dtg kg n bakar rumah penduduk..xsangka skrg ade lg mcm ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.042647 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list