Sumber Mothership
Seorang lelaki berusia 60 tahun di Thailand ditangkap atas kesalahan mencuri. Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati warga emas berkenaan sengaja melakukan perbuatan jenayah dengan niat ingin dipenjarakan.
Menerusi laporan Mothership, lelaki berkenaan mencuri tiga bungkus sabun di sebuah farmasi yang terletak di daerah Sattahip, Chonburi pada 29 Julai lalu kira-kira tiga petang.
Kejadian tersebut dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di mana pencuri itu sendiri sudah pun mengakui kesalahannya itu kepada pihak polis.
Barang yang dicuri. (Sumber Mothership)
Orang ramai yang berada di tempat itu menawarkan untuk membayar kos barangan yang dicurinya namun lelaki yang dikenali sebagai Phi itu berkeras menolak pertolongan mereka.
Warga emas itu kemudian mengakui bahawa kehidupannya sangat susah kerana tidak mempunyai pekerjaan dan sering kelaparan menyebabkan dia ingin 'tinggal' dipenjara lalu mencuri barangan tersebut bagi menyelamatkan nyawanya.
Sumber Mothership
"Sekurang-kurangnya, dapat makan tiga kali di penjara dan ada tempat tinggal. Kalau sunyi, ada banduan lain jadi teman.
"Tetapi, kalau berada di luar mungkin akan mati kelaparan," katanya. -CARI
|