CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1070|Reply: 1

Peluang 'Usain Bolt Malaysia' cipta keajaiban

[Copy link]
Post time 2-8-2022 05:00 PM | Show all posts |Read mode

Azeem mencipta sensasi apabila meleburkan rekod kebangsaan dengan catatan 10.09s untuk mengganguli saringan lapan dan seterusnya layak ke peringkat separuh akhir Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Cali, Colombia.

KUALA LUMPUR: Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Seri Shahidan Kassim berharap bintang muda negara, Muhammad Azeem Fahmi mampu mencipta keajaiban apabila turun beraksi pada saingan separuh akhir 100 meter (m) Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun, awal pagi esok.

Terdahulu, Azeem mencipta sensasi apabila meleburkan rekod kebangsaan dengan catatan 10.09 saat (s) untuk mengungguli saringan lapan dan seterusnya layak ke peringkat separuh akhir kejohanan yang berlangsung di Cali, Colombia, awal pagi tadi.

Shahidan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata beliau berharap Azeem mampu mengekalkan momentum dan seterusnya mara ke pusingan akhir kejohanan.

"Kita berbangga dengan kejayaan Azeem memecahkan rekod kebangsaan dan seharusnya kita meraikan pencapaiannya itu.


Insya-Allah dia dapat menunjukkan keajaiban di peringkat separuh akhir nanti dan seterusnya melangkah ke pusingan akhir.

"Pencapaian ini juga menjadi petanda sukan olahraga akan terus bangkit bagi menempa kejayaan dan menggerakkan kejayaan berterusan untuk sukan ini," katanya.

Catatan direkodkan Azeem itu menyaksikan dia memperbaharui rekod kebangsaan yang sebelum ini dipegang Khairul Hafiz Jantan dengan catatan 10.18s ketika menjuarai saingan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2016 di Sarawak.

Pencapaian Azeem juga menyaksikan dia kini mendahului senarai pelari terpantas Asia di peringkat remaja mengatasi atlet Jepun berusia 19 tahun, Hiroki Yanagita yang memiliki catatan 10.16s.

Lebih menarik, catatan itu adalah yang kedua terpantas daripada semua lapan saringan yang berlangsung dengan Azeem berada di belakang atlet Botswana, Letsile Tebogo yang mencipta rekod baharu kejohanan dengan catatan 10.00s.

Tebogo juga adalah pemegang rekod remaja dunia dalam acara itu dengan catatan 9.94s.

Rekod dunia dalam acara 100m dipegang bekas jaguh pecut Jamaica, Usain Bolt dengan catatan 9.58s yang dilakukannya di Berlin, Jerman pada 2009.

Di benua Asia, rekod terpantas menjadi milik atlet China, Su Bingtian yang mencatatkan masa 9.83s, manakala di peringkat Asia Tenggara, Lalu Muhammad Zohri dari Indonesia muncul pelari terpantas dengan catatan 10.03s.
https://www.bharian.com.my/sukan ... sia-cipta-keajaiban

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2022 06:36 PM | Show all posts
amboi....kwn tu pun nk juai nm dia eh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.543920 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list