CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 378|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tokong dua tingkat musnah

[Copy link]
Post time 2-8-2022 09:03 PM | Show all posts |Read mode
Tokong dua tingkat musnah
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 02 Ogos 2022




Kejadian melibatkan sebuah tokong dua tingkat di Air Itam pada petang Selasa.


GEORGETOWN - Sebuah tokong dua tingkat di Air Itam di sini musnah apabila terbakar dalam kejadian pada jam 6.15 petang, Selasa.


Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong, Mohd Shakir Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.17 petang.


Menurutnya, sejurus panggilan diterima, beberapa pasukan bomba dari BBP Paya Terubong dengan bantuan daripada BBP Jalan Perak dan BBP Bayan Baru telah dikejarkan ke lokasi kejadian.


"Ketika tiba di lokasi kejadian iaitu Lorong Lembah Ria, Jalan Pasar di Air Itam, kita mendapati api sedang marak melibatkan sebuah tokong dua tingkat (kelas b) berkeluasan 40x40 kaki persegi.


"Anggaran peratusan kemusnahan adalah 80 peratus. Kita turut dibantu oleh balai dan pasukan bomba sukarela berhampiran," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.


Katanya, operasi pemadaman masih dijalankan dan kebakaran terkawal.


Tambah beliau, tiada mangsa terlibat dalam kejadian tersebut sementara punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan.




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -dua-tingkat-musnah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.068511 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list