Seorang wanita di Indonesia menjadi mangsa kecaman netizen kerana membawa bayinya yang baru berusia enam bulan mendaki gunung, lapor laman berita Berita Hits hari ini.
Berdasarkan klip video dikongsikan di laman Twitter dan Instagram, sekumpulan pendaki dilihat berjalan menuruni sebuah kawasan pergunungan.
Foto: IG @admin_igtainment
Salah seorang pendaki wanita dilihat menggendong bayinya yang sedang tidur sambil berjalan menuruni kawasan pergunungan dipenuhi pokok pine.
Dia yang turut ditemani suami, menyelimutkan anaknya bagi mengelakkan bayi tersebut kesejukan.
“Duit boleh dicari, bila lagi mahu bawa bayi enam bulan mendaki gunung untuk pertama kali?” demikian menurut keterangan pada hantaran tersebut.
Hantaran itu menjadi tular dengan sesetengah netizen mengecam tindakannya, namun ada juga yang menyokong wanita itu.
IG @admin_igtainment
“Bagi saya, persekitaran dan pelbagai perkara lain di atas gunung belum tentu sesuai untuk bayi,” kata seorang netizen.
“Di luar negara, ramai ibu bapa membawa bayi mereka naik gunung dan mengembara secara ‘backpacking’. Hal mereka jangan dicampur. Alhamdulillah jika tiada perkara buruk yang berlaku. Teruskan usaha anda,” kata seorang pengguna lain.
Sumber: Kosmo |