CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 778|Reply: 0

[Politik] Duta lantikan politik bukan perkara asing

[Copy link]
Post time 3-8-2022 08:57 AM | Show all posts |Read mode
Duta lantikan politik bukan perkara asing


Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah. - Foto fail


KUALA LUMPUR : Kerajaan berpendirian pelantikan ketua perwakilan atau duta secara lantikan politik adalah langkah yang boleh dipertimbangkan dan bukan perkara asing, memandangkan ia pernah dilakukan sebelum ini.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata antara faktor yang diambil kira ialah kebolehan calon itu menjalinkan hubungan rapat dengan ahli badan legislatif serta memahami sistem politik di negara penerima.

"Pelantikan ketua perwakilan secara lantikan politik bukanlah suatu perkara asing yang mana ia sudah dilaksanakan sejak beberapa tahun dahulu membabitkan beberapa Ahli Parlimen, bekas menteri dan bekas pegawai kanan kerajaan.

"Pelantikan itu adalah satu langkah strategik bagi mengetengahkan agenda dan kepentingan negara dalam keadaan tertentu," katanya dalam jawapan bertulis menjawab soalan Khalid Abd Samad (PH-Shah Alam) di Dewan Rakyat.

Beliau menjelaskan, pencalonan secara lantikan politik perlu mendapatkan persetujuan kolektif daripada ahli Jemaah Menteri sebagai kriteria utama, sebelum proses pencalonan dilaksanakan.

Sebelum ini, cadangan pelantikan beberapa Ahli Parlimen ke jawatan itu termasuk di negara jiran Indonesia mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk pemimpin politik pembangkang.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, proses pelantikan Ketua Perwakilan Malaysia ke luar negara itu dilaksanakan berdasarkan kepada Perkara 144 Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, mengikut amalan semasa, prosedur pelantikan terbabit perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

"Untuk proses di peringkat awal, pencalonan itu perlu dimajukan ke agensi pusat yang menguruskan proses pelantikan ke perkhidmatan awam seperti Jabatan Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

"Urusan yang disebutkan adalah antara prasyarat sebelum mana-mana pencalonan dihantar bagi mendapatkan persetujuan negara tuan rumah (agrément)," katanya.

SumbeR:https://www.bharian.com.my/berit ... bukan-perkara-asing

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.265084 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list