View: 402|Reply: 0
|
[Kedah]
10 kediaman terjejas banjir kilat
[Copy link]
|
|

ANGGOTA APM Kota Setar melakukan pemantauan di kawasan kediaman penduduk. FOTI Ihsan APM
Alor Setar: Hujan lebat melebihi satu jam menyebabkan 10 kediaman di Taman Bersatu, Jalan Kuala Kedah, di sini dinaiki air, malam tadi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Kapten (PA) Norlizawati Ismail berkata, kejadian banjir dilaporkan berlaku pada 10.05 malam.
Beliau berkata, anggotanya kemudian membuat pemantauan di lokasi yang terjejas untuk memastikan penduduk dalam keadaan selamat.
"Banjir kilat berlaku disebabkan masalah sistem saliran yang kurang sempurna di kawasan itu.
"Bagaimanapun tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di situ memandangkan paras air semakin surut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rjejas-banjir-kilat |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|