CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1165|Reply: 4

[Tempatan] Pesakit psikiatri maut jatuh tingkat empat pasar raya

[Copy link]
Post time 3-8-2022 05:15 PM | Show all posts |Read mode
Pesakit psikiatri maut jatuh tingkat empat pasar raya [METROTV]



Alor Setar: Seorang lelaki warga emas yang juga pemegang kad rawatan psikiatri ditemukan maut dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah pasar raya di bandar raya ini hari ini.

Lelaki berusia 65 tahun itu ditemukan berlumuran darah di ruang legar pasar raya itu akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri berkata, kejadian dipercayai berlaku antara jam 10 hingga 10.30 pagi.

Beliau berkata, hasil maklumat awal mendapati pengawal keselamatan pasar raya terbabit ternampak lelaki berkenaan dalam keadaan mencurigakan di tingkat empat bangunan itu.

"Pengawal keselamatan terbabit cuba membantu tapi tidak sempat apabila lelaki itu terjun.

"Setakat ini siasatan awal polis menjurus kepada mati mengejut tetapi bergantung pada hasil bedah siasat terhadap mayat berkenaan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.


MAYAT lelaki warga emas yang ditemui di ruang legar sebuah pasaraya selepas terjatuh dari tingkat empat. FOTO Zuliaty Zulkiffli


Hadir sama, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Superintendan Mohd Naim Asnawi.

Ahmad Shukri berkata, berdasarkan soal siasat terhadap keluarga lelaki itu mempunyai mempunyai kad rawatan psikiatri Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan baru menjalani rawatan susulan di hospital itu pada Isnin lalu.

"Dia yang tidak berkahwin dikatakan sering datang ke lokasi kejadian seorang diri.

"Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HSB untuk proses bedah siasat," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -pasar-raya-metrotv

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2022 05:29 PM | Show all posts
musim jatuh ke dalam ruang legar shopping mall ke ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2022 02:24 PM | Show all posts
sesuatu sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 05:22 PM | Show all posts

Kenapa sesuatu??
Apa maksud chuols?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Aman central plak dah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.058438 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list