View: 372|Reply: 0
|
[Tempatan]
Syukur! OKU teruja dapat menonton filem Mat Kilau!!!
[Copy link]
|
|
Edited by xanderz at 4-8-2022 11:02 AM
Pelajar OKU penglihatan teruja dapat 'tonton' filem MatKilau
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Meskipun tidak dapat melihat seperti orang lain namun perkara itu bukan penghalang bagi 108 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) Setapak untuk ‘menonton’ filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.
Nik Muhammad Ahmad Fuji, 17, meluahkan rasa terujanya apabila pertama kali merasai pengalaman menonton di pawagam apatah lagi filem pecah panggung itu,menerusi usaha Yayasan Maghfirah.“Saya sangat teruja kerana ini pengalaman pertama saya menonton wayang dan ini juga kali pertama saya rasa (suasana menonton) filem (di pawagam), yang saya rasa Wow!“ katanya kepada pemberita di Wangsa Walk Mall di sini hari ini.Pelajar kategori B1 (Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan sepenuhnya) itu turut mendapat bantuan dari segi penceritaan daripada rakannya yang merupakan pelajarB2 (OKU rabun teruk) untuk lebih memahami dan berimaginasi semasa menonton filem berkenaan.
“Kalau sesetengah babak contohnya ketika berlawan-lawan tu, kawan sebelah yang ceritakan kepada kita. Kalau adegan yang dia cakap-cakap itu, kita memang tak nampak tapi kita faham berdasarkan fahaman kita sendiri,” katanya. Berkongsi perasaan sama, Shauki Ahmad Ariffin, 14, berkata filem bertemakan sejarah itu sangat dekat di hatinya kerana ia menitikberatkan nilai patriotisme yang tinggi selain ditayangkan hampir dengan sambutan Bulan Kebangsaan.
Pengetua sekolah itu Zaidah Mahadi turut melahirkan rasa syukur kerana diberi peluang membawa pelajar terbabit yang terdiri daripada 40 OKU cacat penglihatan sepenuhnya dan 68 orang daripada kategori tidak nampak untuk mengikuti serta menonton filem berkenaan.
Ketua Pegawai Operasi Yayasan Maghfirah Shuib Norudin pula berkata tujuan pihaknya membawa pelajar terbabit menonton filem ‘pecah panggung’ itu ialah untuk menyuntik nilai patriotisme dalam diri mereka selaras dengan Bulan Kebangsaan ini.“Kita mahu mereka mengambil semangat perjuangan Mat Kilau untuk disematkan dalam diri mereka bagi meneruskan kehidupan di masa hadapan,” katanya. Beliau berharap inisiatif yang dijalankan oleh pihaknya dapat memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa golongan OKU juga adalah sama seperti orang lain.Majlis tayangan hari ini ditaja oleh pihak Wangsa Walk.
sumber : Bernama
|
|
|
|
|
|
|
| |
|