CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 387|Reply: 0

[Kedah] 27 mangsa banjir di baling di 2 PPS

[Copy link]
Post time 4-8-2022 10:28 AM | Show all posts |Read mode

ANTARA penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS). FOTO arkib NSTP

Alor Setar: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Baling berkurangan kepada 27 orang, pagi ini, berbanding 31 orang malam tadi.

Timbalan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling Leftenan (PA) Mohd Dzulhaidy Khalil berkata, seramai 13 mangsa daripada empat keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Habsah, manakala 14 mangsa daripada tiga keluarga berada di PPS Dewan Tun Abdul Razak setakat 8 pagi ini.

"Satu keluarga yang terdiri daripada tiga orang sudah pulang ke rumah malam tadi sekali gus menjadikan jumlah mangsa yang masih berada di dua PPS yang dibuka sejak Selasa lepas seramai 27 orang daripada tujuh keluarga.

"Kesemua mangsa dijangka akan pulang ke rumah masing-masing hari ini dan PPS akan ditutup," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Hujan lebat selama lebih satu jam, Selasa lepas menyebabkan beberapa rumah di Mukim Baling, Mukim Bakai dan Mukim Siong dinaiki air.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -di-baling-di-2-pps

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.385195 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list