Seorang lelaki di Kazakhstan dijatuhi hukuman kembiri selepas memperkosa anak tirinya berusia lapan tahun, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal sehingga doktor terpaksa mengeluarkan rahimnya, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.
Perogol yang sudah empat kali berkahwin itu mendera mangsa selama tiga tahun bermula dari usia lima tahun, demikian menurut perbicaraan sebuah mahkamah di Kazakhstan.
Jururawat, Zoya Manaenko dirakam mengembiri lelaki berkenaan. -Zoya Manaenko/East2west
Dia mengugut mangsa untuk membunuhnya jika memberitahu perkara itu kepada ibunya.
Hakim menjatuhi hukuman penjara yang dikawal ketat selama 25 tahun ke atas tertuduh dan memerintahkannya menjalani ‘pengembirian kimia secara paksa’.
“Anak perempuan saya memberitahu bahawa dia berasa pening kerana terjatuh dari blok bangunan. Saya tidak faham lalu mengangkatnya dan mendapati dia dalam keadaan berdarah.
“Sejurus selepas itu, dia (tertuduh) mendekati saya dan meminta maaf. Saya pengsan kerana terkejut.
“Apabila sedar, terdapat beberapa pisau di hadapan saya dan dia (tertuduh) meminta saya membunuhnya kerana perbuatannya,” kata ibu kepada mangsa.
Mangsa dikejarkan ke hospital dengan keadaan nyawanya berada dalam bahaya selama sebulan dan rahimnya dikeluarkan menerusi pembedahan kerana kerosakan dalaman yang kronik.
Mangsa turut disifatkan mengalami trauma teruk dan diberi sokongan psikologi.
Sumber: Kosmo |