CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 595|Reply: 0

[Dunia] Wanita Nigeria positif cacar monyet di India

[Copy link]
Post time 4-8-2022 07:46 PM | Show all posts |Read mode
Wanita Nigeria positif cacar monyet di India


India merekodkan wanita pertama menghidap cacar monyet. - Foto hiasan


MOSCOW: Kes pertama cacar monyet membabitkan seorang wanita dilaporkan di New Delhi, India, lapor Sputnik.

Seorang wanita Nigeria berusia 30-an disahkan positif cacar monyet pada Rabu, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di India kepada sembilan, menurut Indian Express.

Wanita itu berada di New Delhi selama lebih sebulan dan tidak melakukan sebarang perjalanan antarabangsa dalam tempoh 21 hari lalu.

Sementara itu, lima kes jangkitan wabak dilaporkan di barat daya Kerala, dan semua pesakit mempunyai rekod perjalanan ke Emiriah Arab Bersatu.


India melaporkan kematian pertama akibat wabak cacar monyet membabitkan seorang lelaki dari Kerala pada 31 Julai.

Menurut Menteri Kesihatan Kerala Veena George, lelaki itu disahkan positif virus itu sebelum menaiki pesawat ke India, tetapi tidak mengalami sebarang gejala, sebelum dimasukkan ke hospital.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak itu sebagai kecemasan kesihatan global pada 23 Julai lalu.

Lebih 25,000 kes dilaporkan di seluruh dunia di lebih 70 negara setakat ini. - BERNAMA

Sumber:https://www.bharian.com.my/dunia ... car-monyet-di-india

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.130459 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list