Ada yang berkata semua seni adalah subjektif, tetapi seorang artis ini telah meningkatkan kreativiti ke tahap lebih tinggi dengan mengenakan bayaran lebih daripada RM 18,000 untuk jeruk yang dilemparkan ke siling.
Seorang artis Australia, Matthew Griffin membuat debut karya baharunya dipanggil Pickle pada 7 Julai, dan ia telah menyebabkan kemarahan dan kekeliruan dalam dunia seni. Ini kerana caj melampau yang dikenakan hanya untuk melihat sepotong jeruk McDonald yang dilemparkan ke siling
Siling yang dipilih adalah siling putih yang baru dicat di ruang galeri New Zealand. Pertunjukkan itu ditutup pada 30 Julai selepas tiada siapa yang ingin membeli karya seni tersebut dengan harga yang diminta olehnya.
Sekiranya ada yang membeli, ia mungkin akan mendatangkan rasa tidak puas hati memandangkan mereka mungkin menerima jeruk timun yang berbeza, memandangkan jeruk timun yang asal masih melekat pada siling, untuk tempoh lebih dari sebulan.
Bagaimanapun, individu yang membeli mungkin akan diberikan arahan bagaimana mahu melekat timun mekdi pada siling rumah sendiri.
Griffin menyiarkan imej seni timun mekdi tersebut di halaman Instagramnya, dan mendakwa bahawa “medium” yang digunakannya untuk mencipta karya seni mengandungi sekitar 40 item yang berbeza. Antara medium yang dinyatakan beliau adalah seperti roti, air, gula, minyak canola, kanji, pewarna, sos tomato, enzim dan pelbagai lagi.
https://www.dailystar.co.uk/news/world-news/artist-charging-6k-artwork-just-27648056