CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 326|Reply: 0

[Pulau Pinang] 4 ADUN Pulau Pinang tidak hilang kelayakan wakil rakyat, tegas BERSATU

[Copy link]
Post time 5-8-2022 12:16 PM | Show all posts |Read mode
4 ADUN Pulau Pinang tidak hilang kelayakan wakil rakyat, tegas BERSATU

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Ogos 5, 2022 @ 10:15am  [email protected]




Harris Idaham Rashid. - Foto ihsan ARMADA BERSATU




GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang diminta menghentikan hasrat menyambung prosiding mahkamah bagi membatalkan kelayakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar Pakatan Harapan (PH) sebelum menyertai Perikatan Nasional (PN).

EXCO Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU, Harris Idaham Rashid, berkata ia kerana pindaan Perlembagaan Persekutuan mendapati tindakan itu sama sekali tidak menjejaskan kelayakan seseorang sebagai wakil rakyat.

Ketua Penerangan ARMADA BERSATU Pulau Pinang itu berkata memandangkan PH khususnya DAP sudah menyokong penuh pindaan di Dewan Rakyat, mereka perlu membuktikan komitmen dan melaksanakan pindaan yang sama di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang selain tidak melakukan perkara yang bercanggah dengan pindaan berkenaan.

Beliau berkata, ia demi menghormati persetujuan sudah dicapai kesemua 209 Ahli Parlimen yang mengundi pindaan berkenaan termasuk Ahli Parlimen daripada DAP sendiri.

"Pindaan Perlembagaan Persekutuan (No 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti sudah diluluskan di Dewan Rakyat bagi memberi makna jelas berkenaan tindakan yang boleh melucutkan seseorang itu daripada terus menjadi Ahli Parlimen.

"Justeru, BERSATU menyokong penuh pindaan ini dan ia jelas menyatakan bahawa seseorang itu tidak gugur sebagai Ahli Parlimen sekiranya dipecat daripada parti politik yang dianggotai.

"Antara lain, tidak gugur Ahli Parlimen sekiranya parti politik yang dianggotainya membuat keputusan dasar bagi menukar penjajaran dan sokongan terhadap sesebuah gabungan," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Empat ADUN berkenaan adalah Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya), Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang).

Keempat-empat ADUN itu sebelum ini memfailkan injunksi terhadap badan perundangan Pulau Pinang daripada meluluskan usul pengosongan kerusi masing-masing selepas mereka mengambil keputusan menyokong PN.

Usul itu ditangguhkan demi memastikan tidak berlaku pilihan raya negeri ketika pandemik, mengambil kira kes jangkitan COVID-19 melonjak selepas pilihan raya negeri Sabah diadakan.

Keempat-empat ADUN berkenaan juga memfailkan saman untuk menghentikan kerusi disandang tidak dikosongkan.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.052199 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list