Sumber FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan pegawai tentera di negeri itu agar tidak terbabit dengan politik demi pangkat atau jawatan tertentu.
Menerusi laporan Utusan, baginda bertitah, bagi mengukuhkan Kor Gerak Khas, perancangan sumber manusia yang lebih tersusun mesti dibuat supaya pegawai pelapis berkualiti dapat dihasilkan secara berterusan.
Oleh itu, segala urusan kenaikan pangkat serta penempatan pegawai yang terlibat akan diteliti oleh baginda.
"Saya harap selepas ini, pihak Panglima Tentera Darat dan Panglima Gerak Khas jangan pandai-pandai buat keputusan kenaikan pangkat tanpa merujuk kepada saya dahulu.
Sumber FB
"enilaian akan dibuat mengikut merit dan bersandarkan kepada latar belakang serta prestasi pegawai berkenaan. Saya tidak mahu ada unsur pilih kasih atau mengikut kem tertentu.
"Saya suka ingatkan bahawa segala perjawatan dan pangkat yang telah diperuntukkan kepada Gerak Khas tidak boleh diberikan atau dipinjamkan kepada Kor lain," titahnya.
Baginda bertitah demikian ketika berangkat sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas Ke-57 di Padang Kawad Markas 21, GGK, Kem Iskandar, Mersing.
Berangkat sama, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim.
Sumber FB
Baginda turut bertitah menegaskan supaya tidak ada pihak yang memandang pasukan GGK sebelah mata.
"Jika ada pihak yang membelakangkan saya, maka saya rasa tidak perlu lagi untuk saya terus menjadi Kolonel Komandan Rejimen Gerak Khas," titah baginda. - CARI
|