View: 2948|Reply: 23
|
Banyak Laporan Tak Tepat, Isteri Penari Ditimpa Skrin Gergasi Cerita Kejadian Sebenar
[Copy link]
|
|
Tragedi layar televisyen gergasi yang jatuh di pentas sewaktu kumpulan Mirror mengadakan konsert baru-baru ini masih menjadi tajuk utama media tempatan.
Susulan demi susulan kronologi mengenai insiden yang mengakibatkan dua penari latar iaitu Moo Lee Kai-yin dan Chang Tsz-fung cedera masih mendapat liputan.
Terkini, isteri kepada salah seorang mangsa iaitu Chang Tsz-fung menceritakan suaminya tertimpa layar tersebut selepas cuba menyelamatkan Lee.
New York Post
Dia membuat kenyataan selepas melihat banyak laporan tidak tepat mengenai insiden menimpa suami dan rakan penari lain.
"Chang tidak nampak layar LED itu ketika akan jatuh. Jadi dia berlari ke depan dan cuba membantu (Moo Lee Kai-yin) ketika insiden terjadi," kata isteri Chang dalam rakaman audio yang dipetik daripada South China Morning Post.
Tambah isteri Chang, selepas layar jatuh, dia cuba menahannya, namun kerana ia terlalu berat jadi layar tersebut terus menghempapnya sebelum dia berjaya keluar separuh badan dengan cara merangkak untuk menyelamatkan diri.
Dia akhirnya diselamatkan kru lain dengan mengangkat layar 4x4 meter itu. Malangnya, Chang telah pengsan pada waktu itu.
Lantaran insiden tersebut dia mengalami kecederaan pada kepala, pinggul dan paha selain luka pada beberapa bahagian badan lain.
Akibat kecederaan dialami, isterinya memberitahu Chang kini harus melakukan fisioterapi setiap hari dan menerima rawatan di CUHK Medical Centre, Hong Kong.
Sementara itu, keadaan Moo Lee Kai-yin, dikhabarkan berisiko lumpuh dari leher ke bawah selepas beberapa tulangnya patah.
Sumber juga mendakwa Lee tidak dapat menggerakkan badannya selain mengalami kecederaan dalaman pada paru-paru.
Lee adalah penari pertama yang ditimpa layar gergasi yang jatuh selepas tali layar putus sewaktu mereka membuat persembahan di Hong Kong Coliseum, Hung Hom.
Sumber: Gempak |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam kes ni boleh tak minta ditidurkan terus buat selamanya sister? Tak sanggup akak lalui kehidupan lumpuh daei leher sampai ke bawah tak boleh buat apa2 sis! |
|
|
|
|
|
|
|
Betul lah apa orang kata
Kita akan mati dengan apa yang kita suka |
|
|
|
|
|
|
|
Adrif replied at 5-8-2022 09:22 PM
kesian dengar weyh
seumur hidup, career dia sebagai penari, bebas berlari melompat berpusing
Kan kesian sister… sayu betul hati ni baca keadaan dia tiba2 jadi macam tu sis.
Tapi tak taulah kot2 balasan dia sebab jahat kuat buli orang suka ambik kesempatan atas kesempitan orang lain ke tak tahulah khenn sister…? Kohkohkohkohkoh sampek begitu sekali akak coba husnudzon merasionalisasikan kejadian ni untuk kurangkan rasa sebak akak sis. |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg ngeri tertengok videonya..menyesal pulak |
|
|
|
|
|
|
|
she replied at 5-8-2022 09:27 PM
Betul lah apa orang kata
Kita akan mati dengan apa yang kita suka
Dorang blum mati sis |
|
|
|
|
|
|
|
tikusmontok replied at 5-8-2022 10:20 PM
Dorang blum mati sis
Baiklah macik amend ayat
“Manusia akan lumpuh dan menunggu mati dengan apa yang mereka suka” |
|
|
|
|
|
|
|
Itu kata2 condolences bila ada yang meninggal layan hobi atau kerjaya berbahaya
Hakikatnya many people will die doing things they hate
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian sgt. I pegi tgk video tu sbb xtau la bodoh mana yg bg emoji gelak dkt fb. Lepas tgk terasa murung. Yg lee tu kena betul2 kat tgh bdn dari atas smpai bawah. Kena tv60 inci pon sakit ni screen gedabak dgn hentakan. Saman smpai xde pape. Klau menang pon xberguna if lumpuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 6-8-2022 12:02 AM
Itu kata2 condolences bila ada yang meninggal layan hobi atau kerjaya berbahaya
Hakikatnya many p ...
Kecuali mat rempitss, adk2 basikal lajak |
|
|
|
|
|
|
|
Tu sllunya jejantz ummah Mulayu Melesia yg bgi, dorg kan sllu prasan pling alim dlm dunia ni. Org lain x alim, dorg je alim.
|
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous: Kesian sgt. I pegi tgk video t ...
Mmg rasa pelik manusia macam ni, boleh pula gelak bila org ditimpa kesusahan, cakap balasan la ape, macam dorang tu tak ada dosa je, betol la cakap org kalau tak ada benda baik nk cakap baik diam je. |
|
|
|
|
|
|
|
Ooo ingatkan meninggal dah aritu
Tapi hidup pun dah serupa sayo
Xde ertinya lg |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg takut tgk. Padahal bukan ddk setempat. Dok menari2 gerak2 blh kena tepat pulak tu. Giler |
|
|
|
|
|
|
|
berat skrin tu 600 kg. Sekelip mata ja , dancer lain mest trauma.
Pnh jumpa pesakit lumpuh seluruh badan , nak bercakap pun tak boleh. Cuma mampu buat bunyi utk minta makan ka etc . Sheols dlm awal 20an , petite comel juga. Eksiden & sebatang kara. Patutnya dh boleh keluar wad tp dlm keadaan camtu , kemana sheols boleh pergi. Nasib hospital trus jaga sheols.
|
|
|
|
|
|
|
|
lurve82 replied at 6-8-2022 06:12 AM
Mmg takut tgk. Padahal bukan ddk setempat. Dok menari2 gerak2 blh kena tepat pulak tu. Giler
Wrong time, wrong place |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by fortiori13 at 6-8-2022 10:51 AM
Kesian kalau betul2 lumpuh. Kita yg kena tahan kat wad bbrp minggu kena bed rest pun rasa stress, ni kalau lumpuh seumur hidup x leh nak bayangkan camna perasaan mangsa... |
|
|
|
|
|
|
| |
|