View: 1134|Reply: 22
|
[Dunia]
Snickers mintak maap buat China meroyan sebab panggil Taiwan sebagai sebuah negara
[Copy link]
|
|
Pemilik Snickers minta maaf gelar Taiwan negara
BEIJING – Gergasi kandi Amerika Syarikat (AS), Mars Wrigley menegaskan bahawa pihaknya menghormati kedaulatan negara China dan memohon maaf kerana iklan coklat Snickers keluarannya merujuk Taiwan sebagai negara sekali gus mencetuskan kemarahan Beijing.
Tangkap layar iklan menampilkan kumpulan pop Korea Selatan, BTS itu tular di media sosial China di mana sebarang bentuk kenyataan sedemikian adalah tabu.
“Kami sedar bahawa aktiviti berkaitan Snickers di rantau tertentu dipandang amat serius dan kami benar-benar meminta maaf,” kata Mars Wrigley dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman sosial China, Weibo semalam.
“Mars Wrigley menghormati kedaulatan negara China dan integriti wilayahnya. Kami melakukan perniagaan dengan mematuhi secara ketat semua peraturan dan undang-undang China,” tambahnya.
Beijing menyuarakan kemarahan pada minggu ini apabila Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Nancy Pelosi tidak mempedulikan amarannya dan melawat Taiwan.
China menganggap pulau itu sebagai sebahagian wilayahnya dan berjanji akan merampasnya menggunakan kekerasan jika perlu. – AFP
|
|
|
|
|
|
|
| |
|