CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 368|Reply: 0

[Kedah] Penduduk Langkawi diberi harga 'istimewa' beli tiket feri

[Copy link]
Post time 7-8-2022 10:43 AM | Show all posts |Read mode
Langkawi: Berita gembira buat penduduk pulau ini apabila mereka boleh membeli tiket feri secara dalam talian dengan memperoleh potongan harga istimewa mulai 1 Oktober ini.

Keputusan itu dicapai dalam perjumpaan pengusaha feri dengan aktivis masyarakat tempatan juga pesara Pegawai Tadbir Negeri Kedah Datuk Armishah Siraj di Goldsand Hotel Langkawi di sini, petang ini.

Armishah berkata, bagi tujuan itu Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd (Ferry Line) meminta tempoh dua bulan untuk menaik taraf sistem pembelian tiket feri secara dalam talian yang sedia ada.


"Selepas kenaikan tambang feri baharu berkuat kuasa semalam, penduduk merungut kerana kadar tambang lama iaitu potongan RM6 laluan Kuala Perlis dan untuk Kuala Kedah RM6.50 hanya boleh diperoleh di kaunter.

"Dalam hal ini, pengusaha (feri) minta ada situasi menang-menang, kerana mereka perlukan kos dan potongan harga untuk penduduk Langkawi itu sebenarnya dibiayai oleh syarikat feri sendiri," katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata, sehubungan itu, sebaik sistem dinaik taraf nanti, penduduk pulau ini akan dikenakan caj pengurusan sebanyak RM1 bagi setiap pembelian tiket secara dalam talian.

"Ini bermakna, jika penumpang berkenaan beli tiket di kaunter dia akan dapat potongan RM6, tapi jika pembelian dibuat secara dalam talian, dia hanya akan peroleh potongan RM5 sahaja," katanya.

Kelmarin, media melaporkan, Ferry Line yang mengendalikan perkhidmatan feri bagi laluan Kuala Perlis dan Kuala Kedah ke Langkawi mengumumkan kenaikan tambang di antara RM3 hingga RM11.50 mengikut kategori umur, berkuat kuasa semalam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ewa-beli-tiket-feri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.040973 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list