View: 1966|Reply: 22
|
[Tempatan]
Benarkah kelemahan berkomunikasi faktor utama graduan gagal memperoleh pekerjaan?
[Copy link]
|
|
BARU-baru ini, terdapat kajian mendapati bahawa 72% pelajar lepasan SPM memilih untuk tidak melanjutkan pengajian mereka di peringkat yang lebih tinggi. Terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada masalah ini. Antaranya adalah kerana kembimbangan mereka terhadap pasaran pekerjaan selepas menamatkan pengajian mereka di universiti.
Pada tahun 2021, terdapat 5,023,400 graduan berada dalam pasaran buruh namun hanya 4,787,800 graduan sahaja memperolehi pekerjaan. Manakala 235,600 graduan lagi tidak mendapat pekerjaan. Ini bermakna 4.69% graduan terpaksa menganggur.
Statistik ini tidak mengambil kira graduan yang bekerja tetapi tidak dibayar setimpal dengan kelayakan mereka. Masih ramai graduan yang dibayar gaji minimum iaitu RM1,500 meskipun sudah mempunyai ijazah. Situasi ini telah memberi tanggapan yang negatif kepada sesetengah masyarakat iaitu mempunyai ijazah bukan menjamin masa depan yang cerah.
Oleh disebabkan itulah sesetengah ibu-bapa tidak mengalakkan anak-anak mereka menyambung pengajian di universiti ataupun kolej. Sebenarnya, kita tidak seharusnya menyalahkan pasaran pekerjaan sepenuhnya. Ini adalah kerana hasil tinjauan ke atas beberapa graduan yang sudah bekerja dan yang sedang mencari pekerjaan mendapati bahawa kemahiran komunikasi adalah faktor utama kenapa mereka gagal memperoleh pekerjaan dan ada yang terpaksa menerima pekerjaan yang tidak setimpal dengan kelayakan mereka.
Kegagalan mereka dalam berkomunikasi sama ada dalam bahasa Inggeris ataupun bahasa Melayu menyebabkan mereka hanya terpilih untuk ditemuduga sahaja dan sering gagal dalam mendapatkan pekerjaan yang mereka impikan meskipun pencapaian akademik mereka baik. Sesetengah graduan ditegur semasa ditemuduga kerana tidak boleh berkomunikasi dengan baik.
Selain daripada itu, kepetahan berbahasa inggeris juga merupakan faktor ke dua penting kenapa mereka tidak mendapat pekerjaan. Ada yang berasa kesal kerana menganggap bahawa bahasa antarabangsa itu tidak penting sebelum ini dan kesal tidak memperbaiki penguasaan bahasa tersebut sewaktu mereka berada di universiti. Sikap tidak serius dalam mempelajari bahasa tersebut sewaktu menghadiri ke kelas bahasa Inggeris menampakkan kesan buruk pada masa kini.
Selain daripada itu, keengganan sesetengah graduan untuk berhijrah ke negeri-negeri lain juga menjadi salah satu faktor kenapa mereka kekal menganggur atau bekerja dengan berpedapatan yang tidak setimpal dengan kelayakan mereka. Ramai graduan terpaksa behijrah ke negeri-negeri lain seperti, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan sebagainya untuk memperolehi pekerjaan. Ada juga yang terpaksa behijrah ke negara jiran seperti Singapura untuk bekerja dan memperolehi gaji yang lebih lumayan kerana perbezaan nilai mata wang dan taraf hidup.
Selain daripada itu faktor pencapaian akademik juga menjadi faktor kenapa mereka tidak dipilih untuk ditemuduga. Kebanyakan graduan memperolehi nilai CGPA atas 3.00 lebih mudah dipanggil untuk ditemuduga berbanding dengan graduan yang memperolehi nilai CGPA bawah 3.00. Oleh itu, graduan harus memperbaiki kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh majikan semasa mereka berada di universiti. Segulung ijazah sahaja tidak mencukupi untuk mendapatkan pekerjaan yang diimpikan.
Dr Mohd Shahidan Shaari
Fakulti Sains Gunaan dan Kemanusiaan
Universiti Malaysia Perlis
https://malaysiagazette.com/2022/08/08/segulung-ijazah-bukan-penentu-dapat-pekerjaan-yang-diimpikan/
|
|
|
|
|
|
|
|
Kadang ada benarnya bila berdepan atau menjawab pangilan telephone mula ler tergagap2 suka hati je main pass line ke orang lain. Tapi bila menjawap dalam whatsapp bukan main berjela jawapan diberi. |
|
|
|
|
|
|
|
skill mereka banyak dekat hp, social media........ |
|
|
|
|
|
|
|
ada sorg staff dulu dia part komunikasi mmeng power..english hebat. tapi attitude kelaut. punah lengkap dgn pemalas. |
|
|
|
|
|
|
|
benar....mereka lebih natural di hadapan camera berbanding manusia yang sebenar |
|
|
|
|
|
|
|
Yang i perasan
1. Sejak pkp ramai senior kje berenti kje..
Company hire fresh grad sbb murah n expect fill up void utk kje yg require mcm at least 3 years exp..
2. Malu nak bertanye.. n bila dah salah org sound, rasa stress n brenti lje..
3. Communications skill tu biasalah semua start kje pun cakap terketar walaupun muet band 5 ke atas.. 1st impression penting so kne ready la jwpn utk interview..
|
|
|
|
|
|
|
|
Soft skills, Emotional intelligence sgt penting zaman skrg dlm pekerjaan. Anak2 muda pls take note. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dwdrum at 7-8-2022 09:58 PM
Ketika di university opportunity untuk improves semua skills ... Ikuti semua university activities termasuk termasuk ber social di luar campus... Bukan tempat cari jodoh jika ada bf/gf jangan ambil serious.. Emotion akan over rational boleh hilang focus |
|
|
|
|
|
|
|
apa khabar gaisss!!...
sorry aku lambat dowhhh...
Iolls belajar sampai degree...
sheolls pergi mana tu??...
Itulah communication style BBNU sekarang ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia: Ada UMNO
Singapura: Tiada UMNO
|
|
|
|
|
|
|
|
graduan tak boleh salahkan job market/majikan kalau tidak dapat kerja, sebab employer are spoilt for choice sebab ramai sangat graduan yg dikeluarkan oleh ipta/ipts tempatan...
market is all about demand and supply...if the supply is abundance, why pay higher salary? |
|
|
|
|
|
|
|
Biasanya yg power bercakap ni tin kosong je!yang dok diam2 x banyak bunyi ni lah yg buat kerja efficient.peli interview org pon tgk oebolehan bcakap je. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kak-Rohana at 8-8-2022 06:00 PM
ifanonline replied at 8-8-2022 02:29 PM
graduan tak boleh salahkan job market/majikan kalau tidak dapat kerja, sebab employer are spoilt for ...
Betul.. ni semua propa je communication skills lah, interpersonal skills lah… at the end of the day theyols nak specis yg boleh kerah macam hanjeng kerja siang sampai mlm lagi suker…dgn gaji yg HR talibarut ceo/shareholders offer if they may seminima yg mungkin! Kalau local refuse thats fine gitchew.. they import dr india.. filipina. Ni byk berlaku dlm corporate world/ multinationals. Theyols just want to see profit margin what can you bring on the table! Period.
Theyols apa peduli kebajikan staff bisu ke, ko murung ke, ko tak cukup rest ke, nak bercerai dgn laki ke, ko stuck in the traffic jammed pagi petang siang mlm skalipun! Majority kompani kt Msia ni lack of ethics and humanity. It is all about money, profit-oriented and they know they can letak gaji ciput sbb menteri2 sumber manusia msia ni dari dulu lagi lemah gemalai! |
|
|
|
|
|
|
|
ally9970 replied at 8-8-2022 01:58 PM
apa khabar gaisss!!...
sorry aku lambat dowhhh...
Iolls belajar sampai degree...
"Aq dah abih degree..aq nak apply job.sapa bleh tolong aq"
Bbnu skang duk aq aq aq...dah mcm bunyi gagak je aku rasa |
|
|
|
|
|
|
|
ada satu video di FB yg pernah aku tengok...starting video tu ckp "fuck your job...you are not an office bitch"
|
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline replied at 8-8-2022 03:30 PM
ada satu video di FB yg pernah aku tengok...starting video tu ckp "fuck your job...you are not an ...
Tahu tak aper… communication skills semua ni karot je. Can be nutured/ trained later! Tengok job nature jugak. Kalau kerja data entry, rank a file job nk berkomunikasi apo? Bercakap dgn computer..? screen ? unless ko dlm sales ke, marketing ke, etc. Sebab tu kompani bersepah dgn org tau cakap je, problem solving..managerial/leadership zero! So ko kerja la dgn nyonya2.. apek2 senior yg kaki ampu, bodek boss, kaki putar alam, manipulators semua tu. Kalu si bapak tu ada influence kroni lagi senang la. Tak sampai 10 tahun dah jd CEO. |
|
|
|
|
|
|
|
Last month aku sit in satu panel interviewer nak pilih employee utk pergi 1 year technical training kat Jepun. Finalist ada 2, both are young RnD engineer. Sorang engineer tu bila bercakap atau respon soalan panel, address us as "you gais"... Kalau kau keja dgn mat saleh, maybe it is something acceptable, tp panel ni ada 1 Melayu + 3 Japanese. Kau agak2lah... |
|
|
|
|
|
|
|
Kak-Rohana replied at 8-8-2022 03:23 PM
Betul.. ni semua propa je communication skills lah, interpersonal skills lah… at the end of the d ...
Lack of ethics & humanity... hmm so true.. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak jiran meols tanya bukan sebab kabel optik kewww |
|
|
|
|
|
|
| |
|