View: 711|Reply: 0
|
Pecco Bagnaia tawan Silverstone
[Copy link]
|
|
Bagnaia
LONDON – Pelumba utama pasukan Ducati, Francesco ‘Pecco’ Bagnaia mengotakan janji apabila berjaya menjulang kemenangan di Grand Prix (GP) Britain di Litar Silverstone sekali gus kembali merapatkan jurang dalam misi memburu gelaran MotoGP musim ini.
Kemenangan tersebut memastikan Bagnaia kini hanya dipisahkan 49 mata dengan pelumba Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo selepas pelumba Perancis itu sekadar menamatkan saingan di tempat kelapan.
Pada saingan tersebut, pelumba Pramac Racing, Johann Zarco yang memulakan saingan di petak utama mengemudi perlumbaan itu di Litar Silverstone dengan garang namun ia tidak bertahan lama apabila melakukan kesilapan sebelum terjatuh.
Bagnaia yang memulakan saingan di petak kelima terus mencari ruang dan berjaya mendahului saingan selepas berjaya memintas Alex Rins (Suzuki) pada pusingan kesembilan.
Cubaan Maverick Vinales (Aprilia Racing Team) untuk mengatasi Bagnaia pada penghujung perlumbaan terpaksa akur dengan kehebatan pelumba Itali itu dan terpaksa berpuas hati tempat kedua.
Mengiringi Bagnaia ke podium ialah Jack Miller apabila berjaya memastikan podium tempat ketiga menjadi miliknya.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan kerana mereka bekerja keras sepanjang minggu ini menyiapkan jentera yang benar-benar baik.
“Saya memberikan terbaik pada hari ini dan saya gembira dengan pencapaian ini,” kata Bagnaia.
Quartararo kekal carta mendahului carta keseluruhan perlumbaan dengan 180 mata dan pelumba Aprilia, Aleix Espargaro tangga kedua dengan 158 mata dan Bagnaia tempat ketiga keseluruhan dengan 131 mata. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/08 ... -tawan-silverstone/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|