CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1431|Reply: 24

Nak Beli Pil Kuda Di Kelantan Lambai Je Tangan, Tahu-Tahu Dah Sampai Depan Rumah

[Copy link]
Post time 8-8-2022 12:47 PM | Show all posts |Read mode
Rantau Panjang: Jika mahu beli, hanya lambai atau hubungi melalui telefon bimbit dan tidak lama kemudian pil kuda akan sampai ke tangan.


Itu senario yang berlaku di Kelantan apabila penjualan pil kuda yang dihasilkan di Segi Tiga Emas persempadanan Thailand, Myanmar dan Laos menunjukkan peningkatan mendadak sejak beberapa tahun ini.


Malah, ada dalam kalangan tokan pil kuda terdiri golongan belia seawal usia 20-an termasuk remaja yang menjual secara kecil-kecilan.




Foto: Harian Metro




Menurut sumber, lebih membimbangkan pil kuda yang turut dipanggil dengan pelbagai nama seperti 'ya ba' (pil gila), 'ya maa' (pil kuda) atau 'ya khayan' (pil kerja keras) dalam bahasa Siam seakan menjadi barah dalam golongan remaja dan belia di negeri pantai timur itu.


"Ia sangat mudah diperoleh berikutan Kelantan bersempadanan dengan Thailand menyebabkan bekalan itu mudah diseludup masuk sehingga mampu dibeli remaja yang masih bersekolah serendah RM10.


"Malah, pengedar pil kuda itu boleh dikatakan berada di mana-mana dan sedia menjual setiap masa jika ada remaja atau belia yang ingin mendapat bekalan," katanya.


Sumber berkata, lebih teruk ada sebuah keluarga terdiri daripada bapa, abang, adik dan saudara mara yang tinggal serumah turut menagih dadah pil kuda.


"Faktor bekalan mudah diperoleh dengan harganya yang terlalu murah menyebabkan negeri pantai timur seperti Kelantan merekodkan jumlah tertinggi menagih pil kuda.


"Hanya perlu menggunakan isyarat melambai kepada orang kampung yang turut menagih pil kuda yang lalu di depan rumah mereka dan mesej itu segera disampaikan kepada tokan sebelum tidak lama kemudian ia (pil kuda) tiba di pintu rumah," katanya.


Sumber itu berkata, malah dengan hanya satu panggilan telefon dan menetapkan tempat pertemuan, dalam masa beberapa minit bertemu di tepi jalan sudah dapat membeli pil kuda.


Ini dibuktikan dengan pendedahan sendiri penagih pil kuda yang ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Rantau Panjang apabila dia mengakui hanya perlu menelefon tokan dadah untuk mendapatkan pil itu.


Lelaki berasal dari Tumpat berusia 34 tahun itu berkata, dia sudah menagih pil kuda sejak berusia 13 tahun dan mengakui bekalan sangat mudah diperoleh.


"Hanya dengan RM30, saya akan dapat lima biji pil kuda. Saya hanya menunggu tokan dadah di tepi jalan," katanya yang ditahan AADK dalam sekatan jalan raya.


Seorang lagi penagih pil kuda berusia 31 tahun mengaku sudah lama mengambil pil kuda sejak remaja kerana bekalan mudah didapati serta murah.


Rantau Panjang: Jumlah penagih pil kuda di Kelantan agak membimbangkan apabila menunjukkan peningkatan mendadak dengan merekodkan 9,333 tangkapan setakat Mac lalu.


Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Azmi Mustafa berkata, angka itu menunjukkan peningkatan kerana sepanjang tahun lalu jumlah tangkapan direkodkan ialah sebanyak 10,185 sedangkan pada suku pertama tahun ini sudah mencecah 9,333 tangkapan.


Menurutnya, Terengganu pula merekodkan 7,945 tangkapan manakala Pahang sebanyak 5,071 tangkapan bagi tempoh suku pertama tahun ini.


"Kita dapati negeri pantai timur termasuk Kelantan adalah penyumbang kepada 33 peratus kemasukan dadah.


"Senario ini juga menunjukkan hasil kerjasama AADK dengan pihak polis dalam melakukan tangkapan membabitkan pil kuda," katanya secara eksklusif kepada Harian Metro ketika membuat tinjauan di Unit Antidadah Sempadan (UAS) di Rantau Panjang.


Azmi berkata, apa yang membimbangkan pil kuda menjadi trend kepada golongan remaja dan belia.


"Faktornya kerana pantai timur bersempadanan dengan Thailand menyebabkan bekalan itu mudah diperoleh.


"Satu lagi kuasa beli kerana dengan hanya RM10, mereka sudah dapat membeli pil kuda berbanding dulu harganya mahal," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2022 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
I benci org siam..suka merosakkan anak2 melayu..celaka btl..dr dulu jahat sampai skrg
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 01:11 PM | Show all posts
jas7512: I benci org siam..suka merosakkan anak2 melayu..celaka btl..dr dulu jahat sampai skrg


i benci pil kuda sbb  yang isap suka pecah rumah dan pecah kereta. kalau isap keras cokeng tanpa buat jenayah xpe.

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Pil kuda ni macam mana? Dia jadi high ke? Jadi banyak tenaga tak tidur berhari2 ke macam mana? Macam batu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 02:15 PM | Show all posts
kelantan ni di perintah oleh lebai2 muslim, tetapi pentadbiran mcm kafir harbi...adakah lebai2 juga menelan pil kuda?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Carik pil kuda lg snang dr carik kje
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2022 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Lebai2 serambi ni tak tahulah apa fungsi dorang. Masalah kemudahan pun gagal. Masalah sosial lagi gagal. Ko boleh je suruh tutup sempadan thai tu. Negeri di tangan ko. Tinggal Jerkoh je..Bodo Nik Amar dan seangkatan dengannya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 02:26 PM | Show all posts
sskjp yg telan pil kuda ni jugaklah yg akan pangkah PAS bila pru nanti..so why bother2x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2022 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap sangat ke pil kuda ni?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 03:44 PM | Show all posts
Mudahnya macam lambai bai roti mana tak makin rosak
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Negara yg suka tekan ajaran Islam hardliner rakyat mmg kuat menagih jadinya..cam Iran and Afghanistan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 04:44 PM | Show all posts
lattehazelnut replied at 8-8-2022 02:21 PM
Carik pil kuda lg snang dr carik kje

wahahahaha menusuk kalbu dinosor2 di atas komen uols
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
jas7512 replied at 8-8-2022 12:51 PM
I benci org siam..suka merosakkan anak2 melayu..celaka btl..dr dulu jahat sampai skrg

Statistik dkt siam, ramai menagih jugak ke atau sskjp jah yg low IQ mudah terpengaruh? Lembab betul kerajaan sana banteras benda ni smpai i rasa mcm x ada jln keluar dah
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
armin replied at 8-8-2022 02:06 PM
Pil kuda ni macam mana? Dia jadi high ke? Jadi banyak tenaga tak tidur berhari2 ke macam mana? Macam ...

Tengok dekat Netflix, The Business of Drugs episod 4, pil yaba ni methamphetamine campur kopi jadi pil kuda
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 8-8-2022 05:03 PM
Tengok dekat Netflix, The Business of Drugs episod 4, pil yaba ni methamphetamine campur kopi jadi ...

Oh ada batu patutla boleh tak tidur berhari2. Murah betul.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by CariMalay at 8-8-2022 06:29 PM
Suchi: Sedap sangat ke pil kuda ni?
tak silap aku sama macam syabu, kepala rasa high boleh tak tidur berhari hari. Kepala rasa segar macam baru dapat minum kopi panas, tapi berjuta kali ganda lagi sedap dan segar dari kopi. Aku dulu pernah hisap syabu tapi nasib baik sempat sedar dan berhenti. Kalau tak memang jadi sampah masyarakat jela aku sekarang ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2022 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut kdg2 di klate byk kes jenayah , kes sosial...kes rogol, sumbang mahram, kes bunuh, rompak...generasi penagih rupanye..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 8-8-2022 02:26 PM
Lebai2 serambi ni tak tahulah apa fungsi dorang. Masalah kemudahan pun gagal. Masalah sosial lagi ga ...

Lobai fokus kat bungkus pompuan je.
Skrg ni masing2 tgh seronok lenjan merc masing². ,
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
me12345 replied at 8-8-2022 06:28 PM
Patut kdg2 di klate byk kes jenayah , kes sosial...kes rogol, sumbang mahram, kes bunuh, rompak...ge ...

Orang kelantan ni kebanyakannya kasar2, panas baran, mudah melenting. Jiwa tak tenteram. Aku ada ramai kawan kelantan dulu so aku tahu sikit2
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 07:07 PM | Show all posts
tak sabar nak pergi kelantan untuk melambai-lambai
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.062684 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list