CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 755|Reply: 4

Jong-Un Tawar 100,000 Askar Kepada Putin Sebagai Pertukaran Bijirin

[Copy link]
Post time 8-8-2022 12:49 PM | Show all posts |Read mode
Presiden Russia Vladimir Putin mempertimbangkan tawaran bantuan oleh Pemimpin Tertinggi Korea Utara, Kim Jong-Un dalam pencerobohannya ke atas Ukraine, lapor laman berita MailOnline kelmarin.


Jong-un didakwa menawarkan bantuan 100,000 anggota tentera sebagai pertukaran kepada bekalan tenaga dan bijirin.


Korea Utara menjelaskan melalui ‘saluran diplomatik’ bahawa Pyongyang bersedia menyediakan buruh untuk membaiki kerosakan perang selain membekalkan pasukan tentera yang besar dalam usaha memenuhi permintaan Moscow, lapor agensi berita Regnum.




AFP




Tentera Korea Utara akan dikerah membantu kumpulan pemisah pro-Rusia di Republik Rakyat Donetsk (DPR) dan Republik Rakyat Luhansk (LPR) yang kedua-duanya diiktiraf oleh Jong-un baru-baru ini sebagai negara merdeka.


“Negara itu (Korea Utara) bersedia untuk mengerahkan kira-kira 100,000 askarnya ke Donbas. Pyongyang akan dapat memindahkan unit taktikalnya ke Donbas,” kata laporan agensi berita pro-Kremlin itu.


Sebagai balasan, bijirin dan tenaga akan dibekalkan kepada Korea Utara yang ekonominya terjejas.


“Kita tidak seharusnya malu menerima bantuan yang dihulurkan oleh Kim Jong-un.


“Terdapat laporan bahawa 100,000 sukarelawan Korea Utara bersedia untuk datang dan mengambil bahagian dalam konflik ini,” kata pakar pertahanan Russia, Kolonel Igor Korotchenko kepada saluran televisyen kerajaan.


Korotchenko yang merupakan ketua pengarang jurnal Pertahanan Nasional Russia di saluran televisyen Rossiya 1 ditanya oleh penyampai lain mengenai kemungkinan penglibatan ‘sukarelawan’ dari Korea Utara.


“Sekiranya sukarelawan  Korea Utara  bersama sistem artileri dan pelancar roket mereka mahu mengambil bahagian dalam konflik ini (perang Russia-Ukraine) kita sepatutnya membiarkan mereka berbuat demikian,” katanya.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2022 01:26 PM | Show all posts
Dasar hamba abdi
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 01:28 PM | Show all posts
agak2 kalau KORUT hantar bantuan tentera nanti AS nak cas apa??? masuk campur? lepas tu lagi besar perang
habis yg NATO tolong ukrain apa pulak siap hantar bantuan senjata ubat makanan
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 01:39 PM | Show all posts
Malaysia tak nak hantar juga ka? Tukar dgn Oksana pun xpe, kitorang tak makan bijirin
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 03:50 PM | Show all posts
Dah dihantar kabarnya, makin peritlah keadaan disana.  Askar pun ramai dah tak daya nak berberang lagi yang tukang suruh seronok2 sana sini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.061741 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list