View: 1649|Reply: 10
|
Rotan, Pukul, Tendang, Simbah Air Panas- 3 Beranak Seksa Budak Lima Tahun
[Copy link]
|
|
Kuala Pilah: Tiga beranak termasuk seorang bakal penuntut sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tuduhan mendera kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, bulan lalu.
Suami isteri, R Guna Silan, 42, dan isterinya K Nagamah ,41, dan anak perempuan mereka G Nisha, 21, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Norma Ismail.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama sebagai penjaga kepada kanak-kanak itu telah mendera mangsa menggunakan rotan dan memukul, menendang serta menyimbahnya dengan air panas.
Foto: Harian Metro
Perbuatan itu didakwa dilakukan ketiga-tiga tertuduh di sebuah rumah di Taman Seri Mahsan, Bandar Seri Jempol antara 15 hingga 19 Julai lalu, yang mengakibatkan mangsa cedera di bahagian dada, belakang badan, kedua-dua belah kaki, kepala dan muka.
Pertuduhan atas tiga beranak itu mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seskyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda tidaK melebihi RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi yang mencadangkan agar semua tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin.
Peguam Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris yang mewakili semua tertuduh merayu anak guam mereka diberikan jaminan minimum mengambil kira mereka memberi kerjasama baik kepada polis selain seorang daripada tertuduh akan melanjutkan pengajian ke universiti awam, September ini.
Hakim membenarkan jaminan RM5,000 setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Ogos ini untuk sebutan semula kes.-CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mohon diberikan hukuman sesuai dgn salah |
|
|
|
|
|
|
|
Budak tu sapa? Anak asuhan dia ke atau anak buah dia?
Dorang ni mmg garang dgn anak sendiri pun garang takleh ke cakap lelembut mcm ummah kokesen tu ngajor anak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kejamnya perbuatan anak jagaan ke anak angkat mereka |
|
|
|
|
|
|
|
deeeyyyyy
saiya kasi hantar u itu rumah benun baru u tau apa itu dera!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
ot kejap. apa update kes yang sorang lelaki & anak perempuan dia budak lembam tu yang ditangkap reman sbb suspect bunuh salah sorang mak we lelaki tu dan anak mak we dia yang lagi sorang. dan mak we lelaki tu yakni emak kepada budak yang kena bunuh tu .. pun dijumpai dalam keadaan sgt menyedihkan kerapa dipercayai didera lelaki tu. dan ada bersama dalam rumah tu seorang lagi anak kpd mak we tu. kejadian di seremban kalau tak silap. mayat2 dijumpai di kawasan semak samun tepi belukar. nak tahu dgt update kes tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai manusia jahattt hati kejamm suka aniaya budak2 kat malaysia ni. Tolong ye klu sesiap tahu ada kes penderaan budak2 tolong selamatkan budak tu. Hentikan kekejaman kepada budak yg tak berdaya. |
|
|
|
|
|
|
|
org skrg ni hati tak tenag, otak tak betul berpuca dri tekanan hidup. padahnya budak jadi mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau x nak jaga, bagi je la budak tu kat org lain yg nak jaga... Ni gi dera pulak. Harap memasing kena sumbat dlm penjara |
|
|
|
|
|
|
|
tapi bangsa dorg ni kalau marah anak mmg lain mcm. iols pernah nampak masatu dekat kedai. mak dia masuk kereta. anak dia kecik lagi mcm 2 tahun kot. mak dia tgh pgg baby nak masuk kereta. budak tu iols tgk mcm tak buat apa pun. tiba tiba mak dia tampar anak dia yg 2 tahun tu kuat gila. terpinga2 budak tu kesian iols tgk . |
|
|
|
|
|
|
|
sampai 3 orang dera budak umur 5 tahun? kejam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|