CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 506|Reply: 1

[Tempatan] Minyak masak botol dijual lebih rendah dari harga siling

[Copy link]
Post time 8-8-2022 04:45 PM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru: Segelintir kedai runcit dan pasar raya di sekitar bandar raya ini didapati menjual minyak masak botol lebih murah antara 20 sen hingga RM1.20 berbanding harga siling runcit ditetapkan kerajaan.

Sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan harga bagi minyak masak botol 1kg, 2kg, 3kg dan 5kg masing-masing ditetapkan pada harga RM7.70, RM14.70, RM21.70 dan RM34.70 di peringkat runcit seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Suri rumah, Hamizah Abdul Latif, 46, berkata, perbandingan harga yang dibuat hari ini mendapati ada beberapa jenama minyak masak botol ditawarkan dengan harga lebih rendah berbanding harga diumumkan iaitu antara 50 sen hingga RM1.

"Kami berharap tiada lagi peniaga mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan menjual minyak dengan harga mahal atau melebihi harga siling ditetapkan.

"Diharap selepas tempoh sebulan, harga minyak masak kekal rendah dan tidak dinaikkan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sementara itu, seorang kerani am, Noor Ain Menhat, 38, berkata, penetapan harga siling memudahkan orang ramai, sekali gus mengelakkan kekeliruan dengan harga yang ditawarkan.

"Kami berharap harga minyak masak dalam botol lebih rendah selepas tempoh sebulan sebagai antara langkah membantu meringankan kos sara hidup rakyat dengan penurunan harga barangan," katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Pasaraya Econsave Cash And Carry, Mas Imran Adam berkata, syarikatnya menawarkan minyak masak botol 5 kg jenama sendiri dengan harga RM33.50 iaitu rendah RM1.20 berbanding harga siling, sementara jenama lain antara RM34.50 hingga RM34.70.

"Kami mendapati tiada pembelian panik dalam kalangan pembeli," katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2022 07:17 PM | Show all posts
tiba2 rasa ramai pulak keluarga yg perlukan 5 kg minyak sebulan ke sbb harga botol 5kg tu lebih economi?
yg paket pulk bila dicatu 3 paket sekali beli i.e 3kg..kalau setakat pengunaan rumah takkan lah sehari ke seminggu sampai 3 kg?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.053004 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list