View: 2093|Reply: 21
|
[Tempatan]
Mereput lah kau! Dipenjara 10 tahun tipu rombongan umrah
[Copy link]
|
|
Dipenjara 10 tahun tipu rombongan umrah
Misbahalmunir Omar dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini atas tuduhan menipu pakej umrah. FOTO Izad Thaqif Hassan.
Sungai Petani: Pengarah urusan sebuah syarikat dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Majistret, hari ini kerana menipu 202 individu untuk rombongan umrah membabitkan kerugian RM434,250, pada 2015 hingga 2016 lalu.
Hukuman diputuskan Majistret Arif Mohamad Shariff terhadap tertuduh, Misbahalmunir Omar, 56, selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Mahkamah menetapkan hukuman penjara bermula dari tarikh sabitan dan mengecualikan tertuduh daripada sebatan.
Mengikut pertuduhan, Misbahalmunir yang ketika itu Pengarah Urusan Syarikat Raudhah Mawaddah Travel & Tours Sdn Bhd didakwa melakukan penipuan terhadap Perunding dan Mutawwif Umrah, Amzari Halim.
Tertuduh dengan curang didakwa menipu Amzari yang bertindak mengutip wang daripada 202 peserta bernilai RM2,000 sehingga RM36,600 untuk rombongan umrah dan perjalanan ke Mesir pada 2015.
Kesalahan itu didakwa dilakukannya bermula 2 November 2015 sehingga 28 Januari 2016 di beberapa lokasi di Kedah, Johor dan Selangor, yang membabitkan 56 transaksi selama 23 hari.
Transaksi wang dilakukan di mesin deposit beberapa bank membabitkan akaun ahli keluarga, pekerja dan syarikat yang ditubuhkan dengan nama keluarga tertuduh kerana dia tidak memberitahu syarikatnya sudah gulung tikar kepada Amzari.
Semua pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan boleh dikenakan denda jika disabitkan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Rifaie Mohamed Riyaludin dan Galvin Loo Wei Ming, manakala tertuduh diwakili peguam Siti Salwa Jaafar, Mohd Khairul Hafizuddin Ramli dan Siti Haslina Hasbullah.
Terdahulu, Siti Salwa dalam rayuannya memohon penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi, malah tertuduh juga mempunyai lima anak dalam tanggungan termasuk penghidap autisme.
Mahkamah membenarkan penangguhan hukuman dan menetapkan jaminan RM80,000 dan seorang penjamin terhadap tertuduh dinaikkan kepada RM88,000, selain syarat tambahan pasportnya diserah kepada mahkamah sehingga selesai rayuan.
Pada 30 Januari 2015, Amzari membuat laporan polis selepas tertuduh didapati menipu semua peserta dengan menghantar itenari tiket penerbangan yang dijadualkan pada 29 dan 30 Januari 2016.
Bagaimanapun, sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur didapati semua itenari tiket yang dibekalkan tertuduh tidak sah dan tidak wujud.
Difahamkan, kebanyakan mangsa penipuan tertuduh terdiri daripada pelajar tahfiz serta warga emas dan dua daripada mereka sudah meninggal dunia.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ipu-rombongan-umrah
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Haiyooooo smp ada yg dah meninggal, case baru settle Hah sila mereput dlm jail 10 tahun. Moga2 kurus badan tu yach |
|
|
|
|
|
|
|
Bila kena tangkap je mesti pakai ketayap..pakai baju Islamic..
|
|
|
|
|
|
|
|
Nnoor2 replied at 10-8-2022 06:45 AM
Bila kena tangkap je mesti pakai ketayap..pakai baju Islamic..
Baru nampak soci morni. Ummat pn mudah nk maapkn 'kesilapan' terkhilaf katenyee |
|
|
|
|
|
|
|
10 tahun je..dh kene tangkap baru teringat ade anak autism..time tipu duit org tu x igt ke |
|
|
|
|
|
|
|
Macam2 cara penunggang agama nie nak tipu orang ambik lah ko, yang ditipu pun dah meninggal dunia |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya mangsa2 dah sampai airport, sanggup ya buat itinerari palsu. |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka
Kpd orang lain yg pernah jd mangsa penipuan lobai2 penonggeng agama mcm ni,ayuh bawa kes anda semua ke court
Jgn senang2 nk halalkan perbuatan mencuri diorg..sket2 cakap biar Tuhan balas
Eh bongok..pi je heret lobai2 samdol2 ni ke muka pengadilan skang kt donia nan fana nih |
|
|
|
|
|
|
|
keji.
masa buat jahat tak igt ada anak bini pakej anak oku lg. dah jadi gini pandai plak meratib nak tgung depa sume. kesian anak2 ada bapak gini.
kesian jugak kat mangsa2 tu smpai epot kene kencing. eh celaka laa ko pakcik weiii |
|
|
|
|
|
|
|
huhuhu pakcik kenapa lah jalan ni yg ko pilih. alasan tak menghalalkan perbuatan kita pakcik oiiii. tua-tua ni org elok-elok berehat di rumah tp pakcik tua-tua masuk ke "dalam". |
|
|
|
|
|
|
|
lattehazelnut replied at 10-8-2022 08:12 AM
Duit dpt balik x
untuk dapat balik duit, x silap mangsa kena bawa kes ni ke mahkamah civil.
yg ni mahkamah utk tuduhan jenayah akibat menipu. yg ni antara pendakwa (kerajaan) & OKT.
yg utk tuntut duit pulak, kena bawa gi mahkamah lain. mahkamah civil. yg ni mangsa & tertuduh kena pasang lawyer masing2 pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus.. padan muka
Kau buat fitnah pd agama
Hrp insaf |
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa replied at 10-8-2022 04:56 AM
Haiyooooo smp ada yg dah meninggal, case baru settle Hah sila mereput dlm jail 10 tahun. Moga2 k ...
Tambah ada anak isteri tok nenek mak sedara sepupu yg kena bela |
|
|
|
|
|
|
|
bukan kalau ikut kitob malayu, anak anak mesti tangggung mak bapak ke? kenapa dia pula kena tanggung bini dan anak anak pulak?
|
|
|
|
|
|
|
|
buang je la kopiah tu badak |
|
|
|
|
|
|
|
sian org penat kumpul duit..kau bersedap2an..... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by akusukaq at 10-8-2022 09:18 PM
Kena tangkap 2016, hukuman bermula sejak tarikh ditangkap, jadi tinggal 4 tahun shj lagi dlm penjara.kalu perangai baik mungkin dpt keluar lebeh awal. Duit yg disonglap dah siap siap disorokkan utk bekalan. Jemaah yg kena scam jgk melopong |
|
|
|
|
|
|
|
Apa lah perasaan dia ni eh orang yang dia tipu ni sampai dah meninggal dunia, tiada rasa sekelumit keinsafan dan kesilapan yang telah dibuat? |
|
|
|
|
|
|
|
Orang hidup dengan menipu ni tak akan lama bahagianya bila kantoi baru tahu susah |
|
|
|
|
|
|
| |
|