View: 596|Reply: 1
|
[Politik]
'Perjelas isu LCS jangan sampai dedah rahsia keselamatan negara'
[Copy link]
|
|
'Perjelas isu LCS jangan sampai dedah rahsia keselamatan negara'
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bimbang penjelasan mengenai isu keselamatan yang berkait dengan kontroversi Kapal Tempur Pesisir (LCS), berisiko mendedahkan rahsia keselamatan negara.
Presiden UMNO yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri itu berpandangan, isu berkait LCS perlu diperjelaskan kepada awam, namun kerajaan perlu melaksanakannya secara berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan 'mahkamah netizen'.
Beliau berkata, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) juga perlu lebih sensitif dalam mengendalikan keseluruhan proses siasatan LCS, khususnya isu keselamatan negara kerana ia masih di peringkat siasatan.
"Pihak berkuasa dan kerajaan perlu memberikan perspektif yang menyeluruh. Asasnya apabila Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan dan cuba hentikan projek itu.
"Isu platform Sigma atau Gowind adalah produk lama dan baharu yang pihak berkaitan lebih tahu dan perlu (beri) pencerahan kepada pihak awam.
"Namun, terdapat kebimbangan pencerahan kepada aspek keselamatan negara kita akan menjejaskan rahsia keselamatan negara.
"Justeru, kerajaan perlu menangani isu ini dengan lebih bijaksana dan telus supaya tidak tenggelam oleh mahkamah netizen," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Kontroversi perolehan LCS oleh kerajaan kembali menjadi polemik susulan pembentangan laporan siasatan PAC di Parlimen, yang menyenaraikan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam LCS bagi kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai RM9 bilion.
Laporan itu menjelaskan kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi projek rundingan terus itu, namun tiada kapal diterima setakat ini.
Projek LCS bermula pada 2011 yang mana ketika itu negara ditadbir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan diluluskan ketika Ahmad Zahid menjadi Menteri Pertahanan.
Semalam, bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong, dilaporkan mendakwa Ahmad Zahid bertanggungjawab mengubah reka bentuk daripada Sigma kepada Dowind sebelum berunding dan mendapatkan nasihat TLDM.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid memberi gambaran bahawa isu perolehan LCS itu dimaklumkan tanpa perspektif menyeluruh, menyebabkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
"Memang netizen cenderung suka perkara sensasi, namun setiap fakta dan data perlu diketahui secara lebih jelas dan tepat.
"Zaman netizen menjadi peguam dan hakim di jabatan netizen adalah zaman baharu selepas kepesatan teknologi mewabak hingga berlaku kekeliruan.
"Kekeliruan disebabkan tidak dapat membezakan di antara yang palsu dan benar," katanya.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... -keselamatan-negara
|
|
|
|
|
|
|
|
ko mkn aku mkn kita putar halimmmmm.....
mmg jenis pantang tgk duit ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|