CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 518|Reply: 0

[Tempatan] Kerja baik pulih Pangsapuri EDL dilaksana, kos RM25 juta

[Copy link]
Post time 8-8-2022 09:32 PM | Show all posts |Read mode
Kerja baik pulih Pangsapuri EDL dilaksana, kos RM25 juta


Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, meninjau keadaan di Pangsapuri EDL. - Foto FACEBOOK ONN HAFIZ

JOHOR BAHRU: Kerja baik pulih Pangsapuri Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL), di sini sedang dilaksanakan, dengan kos keseluruhan dianggarkan bernilai RM25 juta.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata inisiatif itu membabitkan Pangsapuri Desa Jaya, Pangsapuri Desa Dato' Hajah Hasnah, Pangsapuri Desa Melayu dan Pangsapuri Desa Belantik.

Beliau berkata, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) Builders Sdn Bhd dilantik sebagai kontraktor utama, manakala Jabatan Kerja Raya Johor dilantik sebagai agensi pelaksana kerja membaik pulih pangsapuri berkenaan.


Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, diberi penjelasan mengenai kerja baik pulih Pangsapuri EDL, merangkumi Pangsapuri Desa Jaya, Pangsapuri Desa Dato’ Hajah Hasnah, Pangsapuri Desa Melayu dan Pangsapuri Desa Belantik. - Foto FACEBOOK ONN HAFIZ

"Hari ini, saya berpeluang melakukan lawatan ke Pangsapuri EDL dan menjadi hasrat saya untuk terus memantau serta mengatasi isu ini supaya penduduk dapat merasai kualiti kehidupan yang lebih tinggi dan selesa di kawasan projek perumahan.

"Antara kerja yang sedang dilakukan adalah baik pulih loji rawatan kumbahan (STP), sistem elektrik serta pembaikan sistem mekanikal meliputi sistem pencegahan kebakaran dan lif," katanya dalam hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini.


Kerosakan lif antara masalah yang dikenal pasti berlaku di Pangsapuri EDL. - Foto FACEBOOK ONN HAFIZ

Turut serta pada lawatan itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor dan Ketua Jabatan KPRJ Builders Sdn Bhd, Mejar (B) Amin Sharip. - BERNAMA

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... ksana-kos-rm25-juta

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.162442 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list