CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1894|Reply: 15

Demi Bola, Bayi 6 Bulan Maut Dibawa Naik Motor Sejauh 500 Kilometer

[Copy link]
Post time 8-8-2022 11:45 PM | Show all posts |Read mode
Bayi berusia enam bulan meninggal dunia selepas dibawa ibu bapanya menaiki motosikal dari Jawa Tengah ke Jawa Timur untuk menonton perlawanan bola sepak, lapor laman berita Coconut News hari ini.


Perkara tersebut disahkan bapa mangsa dikenali sebagai FJ menerusi perkongsian di laman Twitter.




Viva.co.id




FJ berkata,  dia dan isteri membawa anak mereka menaiki motosikal dari Tegal, Jawa Tengah ke Surabaya di Jawa Timur pada 30 Julai lalu kerana mahu menonton pasukan bola sepak kegemarannya beraksi.


Menurutnya, mereka bertolak dari Tegal pukul 5:38 petang (waktu tempatan)  pada Sabtu lalu dan tiba di Surabaya jam 7.15 pagi keesokan harinya.


Jarak antara dua wilayah itu adalah sekitar 500 kilometer (km).


Bagaimanapun, sebaik tiba di rumah, bayi itu mula batuk dan sukar bernafas. Ibu bapanya  membawa anak mereka ke hospital,  namun dia meninggal dunia walaupun doktor berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkannya.









“Ini semua berlaku disebabkan kebodohan, ego dan keangkuhan saya.


“Saya harap saya seorang sahaja yang bersikap bodoh seperti ini,” tulis FJ dalam catatan itu.


Bapa itu berkata, dia ingin berkongsi kisahnya supaya menjadi teladan  kepada semua ibu bapa.


Setakat ini, punca kematian rasmi bayi itu tidak didedahkan.


Pakar pediatrik, Dr Kurniawan Satria Denta, melalui komen di laman Twitter menasihati ibu bapa supaya tidak membawa bayi mereka menaiki motosikal.


“Antara risikonya ialah hipotermia. Bayi kecil tidak boleh terlampau sejuk. Bayi yang mengalami hipotermia berisiko tinggi mengalami masalah pernafasan dan metabolik dan berisiko tinggi juga untuk tidak sedarkan diri,” tulisnya.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2022 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
"Saya harap saya seorang sahaja yang bersikap bodoh seperti ini,” tulis FJ dalam catatan itu.

YOU GOT THAT RIGHT, IDIOT!
Mmg kau sorang je yg tolol mcm penyapu, yg sanggup buat bende ni dkt baby kecik
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 03:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Carcosa replied at 9-8-2022 01:16 AM
"Saya harap saya seorang sahaja yang bersikap bodoh seperti ini,” tulis FJ dalam catatan itu.

YOU  ...

Indon dan bodo.....sila sambung
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 04:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la sedar kebodohan sdr
Malangnya dah hilang nyawa ank, br nak sedar
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
So sempat tak tengok bola
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Calling friska
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2022 07:39 AM | Show all posts
tikusmontok replied at 9-8-2022 03:20 AM
Indon dan bodo.....sila sambung

Berpisah Tiada
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 08:08 AM | Show all posts
on the good side,
baguslah baby tu tak sempat dibesarkan oleh parents bongok & selfish mcm ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2022 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
@Friska  orang kampung kamu ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 08:21 AM | Show all posts
mojarean_X replied at 9-8-2022 08:10 AM
@Friska  orang kampung kamu ke ni?

Bukan, saya orang Sumatera, Melayu Deli. Kejadian di Pulau Jawa.

Ibarat kejadian di Sabah dan tanya ke orang di Selangor
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Aiol masih ingat Friska mengeji acik porom nama ja educated tapi kuno skaly tepek gambar pun tak reti. #tetibe
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
venom1 replied at 9-8-2022 07:39 AM
Berpisah Tiada

Bingoooo
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 01:04 PM | Show all posts
Ibu bapanya caprut dan goblok sekali yaa
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 04:47 PM | Show all posts
baby baru 6 bulan duduk rumah je la. apa benda la maknya pun
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Friska replied at 9-8-2022 08:21 AM
Bukan, saya orang Sumatera, Melayu Deli. Kejadian di Pulau Jawa.

Ibarat kejadian di Sabah dan tan ...

Jawa bukan indon ke ngok?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 06:12 PM | Show all posts
Menyesal kemudian dah tak berguna
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.161671 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list