CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1921|Reply: 12

KFC Guna Semua Bahagian Ayam Kecuali Bulu Akibat Kenaikan Harga Bahan Mentah

[Copy link]
Post time 9-8-2022 12:24 AM | Show all posts |Read mode
Pelanggan restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) mungkin akan mendapat bahagian kaki ayam dalam hidangan mereka akibat kenaikan harga bahan mentah, lapor laman berita Mothership baru-baru ini.


Ketua Pegawai Eksekutif Yum, Joey Wat berkata, kenaikan harga komoditi itu boleh diserap menerusi penggunaan penuh bahagian ayam yang boleh dimakan kecuali bulunya.




Gambar hiasan - Foto: Mothership




Yum merupakan syarikat pemilik rangkaian KFC, Pizza Hut dan Taco Bell di China.


Rangkaian restoran itu melalui masa  sukar berikutan kekerapan perintah berkurung di China yang berpegang kepada prinsip sifar Covid-19 sehingga menyebabkan banyak perniagaan besar terjejas.


Jualan di lokasi Yum China untuk setahun merosot 16 peratus berbanding tempoh sama sebelumnya.


Bagaimanapun, permintaan untuk penghantaran meningkat kira-kira lapan peratus.


Joey berkata, syarikatnya  melaksanakan pelbagai langkah untuk mengurangkan kos  termasuk membatalkan program pengiklanan dan pemasaran serta meminta tuan tanah memberikan pelepasan sewa.


Beliau bagaimanapun  berjanji untuk mengelak daripada memberhentikan 450,000 pekerja  bawah Yum China pada tahun ini.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2022 03:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Dorg nak buat sup kaki ayam ke? Tak pon kerabu kaki ayam ke
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Nanti keluar la menu kaki ayam crispy atau sup kaki ayam edisi terhad. Banyak kolagen gituuu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 09:41 AM | Show all posts
Cheezy Leg
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 09:51 AM | Show all posts
Apa nak heren mereka suka je makan bahagian tu sama je macam di tanahair ada je yang suka makan bahagian tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Bontot ayam original recipr
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2022 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu nasib dia guna ayam
Kalau dia ckp kepak tak cukup .kita akan guna kepak kelawar...
Entah apa jadi
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Setakat kaki ayam tak menghairankan pun kalau di China. Otak kambing pun dorang makan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2022 10:51 AM | Show all posts
kedai ayam goreng lain elok je ada stok. siap besar2 lg saiz ayamnya
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Awat tak reka ayam plastik mcm beras plastik tu untuk tambah pengeluaran ayam

China ni kalu oink oink tu habis semua bahagian dia sebat makan so kekahlah bulu ayam jugak
Buat bulu ayam goreng celup tepung cheese leleh viral ka. Resepi boleh refer kat peniaga street food tanahair ku ini
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 01:25 PM | Show all posts
prc tu apa benda yang dorang tak makan
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 01:40 PM | Show all posts
Apa nak heran, dia orang nasib baik kepala keretapi tu takleh dimakan, kalau boleh dah dikunyah dah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 04:17 PM | Show all posts
Kaki ayam buat sup mmg sedap ada kolagen asli you
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.059336 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list