CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1145|Reply: 14

[Tempatan] Semua petugas SPR negeri sudah bersedia hadapi PRU-15, kata Pengerusi.

[Copy link]
Post time 9-8-2022 10:37 AM | Show all posts |Read mode
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya menanti paluan gendang pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diumumkan dan segala persediaan sudah diambil bagi memastikan ia berjalan dengan lancar

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata bagaimanapun hanya Agong sahaja yang boleh membubarkan Parlimen bagi memberi laluan PRU-15 diadakan tetapi semua petugas setiap negeri sudah diberikan latihan secukupnya untuk memastikan proses demokrasi negara itu berjalan dengan baik.

“Dari aspek perundangan, Fasal (2) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hanya Yang di-Pertuan Agong boleh memprorog atau membubarkan Parlimen.

“SPR telah mengambil segala inisiatif yang perlu merangku­mi segala aspek urusan belan­jawan, logistik, keperluan per­kakasan dan sistem ICT, pengurusan sumber manusia serta latihan kepada petugas,” kata­nya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Abdul Ghani juga berkata sejumlah 21.1 juta pemilih layak me­ngundi dengan jangkaan per­belanjaan mengurus pilihan raya lebih kurang RM1 bilion.

Menurut Abdul Ghani, setelah Parlimen dibubarkan, maka dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran itulah pilihan raya mesti diadakan berdasarkan kepada Fasal (4) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan. Di peringkat inilah salah satu daripada tiga fungsi dan tanggungjawab SPR di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan bermula.

Jelasnya, persediaan ini penting bagi memastikan pe­ngendalian penjalanan pilihan raya kelak adalah lancar, sempurna dan teratur terutamanya dalam tempoh fasa peralihan ke endemik ini.

Beliau menjelaskan, seramai 5,718,760 orang pemilih telah didaftarkan selepas pindaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemi­lih secara automatik dikuatkuasakan pada 15 Disember tahun lalu melalui pewartaan penetapan tarikh permulaan kuat kuasa Seksyen 3 Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019.

Menurutnya, jumlah 5,718,760 pendaftar adalah meliputi semua warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas direkodkan sehingga 31 Disember 2021.

Seterusnya, kata beliau, semua warganegara yang mencapai umur 18 tahun akan didaftarkan sebagai pemilih dalam Daftar Pemilih Tambahan (DPT) yang diperaku dan diwartakan setiap bulan.

Sehingga DPT Bulan Jun 2022 yang diperaku dan diwartakan pada 19 Julai 2022 yang lalu, jumlah keseluruhan pemilih ialah 21,136,265 orang.

SPR amat menggalakkan orang ramai untuk membuat semakan maklumat pendaftaran pemilih di portal rasmi SPR iaitu https://www.spr.gov.my atau https:­//mysprsemak.spr.gov.my, aplikasi mudah alih MySPR Semak atau meng­hubungi Hotline SPR di talian 03- 8892 7018.

Sumber

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2022 11:27 AM | Show all posts
soo bila nak mengundi ni?.....

i loveeeeeeee mengundi
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 11:29 AM | Show all posts
imajinasi si isap gam tak kesampaian kunun2 pak mael sengaja tangguh PRU sebab nak tunggu najib dan wak jahit masuk penjara dulu

ujung2 ROS benarkan umno pinda perlembagaan

hahahhahaha
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 11:43 AM | Show all posts
apa jadi la dekat bersatu lepas ni, ada lagi ke orang nak mengundi
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 12:22 PM | Show all posts
time ni nak mintak apa2 pun boleh dpt cepat.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kwsn aku ni meriah balik. Kamarudin tersangat la rajin tunjuk muka skrg nih. Kalau tak bulu ketiak pun pyh nmpk.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2022 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Cepat la bubar...meluat betol nak tunggu apa lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 07:22 PM | Show all posts
aku rasa bulan 10... bila ada cuti sekolah yang terdekat?. Kempen sebulan ker seminggu? masa tu lah kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2022 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Budget menten bentang bulan 10 kan..

Cepat lah PRU... cepat lah..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja9 replied at 9-8-2022 07:22 PM
aku rasa bulan 10... bila ada cuti sekolah yang terdekat?. Kempen sebulan ker seminggu? masa tu lah  ...

Aku rasa hjung pertengahn bulan 9 ni sebab 2 tahun lpas staff klinik aku ramai2 da pergi kursus utk pilihan raya ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 9-8-2022 11:48 AM
Aku rasa hjung pertengahn bulan 9 ni sebab 2 tahun lpas staff klinik aku ramai2 da pergi kursus ut ...

Rasanya memang bulan depan. Cikgu2 sekolah aku pun dah dipanggil taklimat.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2022 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Adik iols baru ni pi taklimat spr katanya kemungkinan bulan 10. Dia dah bagitau kat iols nanti dia nak buat undi rosak sebab dah taktau nak undi sapa dahh. semua calon sama jahh
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 03:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by leetaemin at 10-8-2022 03:18 AM

Cepat la pru...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 05:13 AM From the mobile phone | Show all posts
ninja9 replied at 9-8-2022 07:22 PM
aku rasa bulan 10... bila ada cuti sekolah yang terdekat?. Kempen sebulan ker seminggu? masa tu lah  ...

Cuti sekolah terdekat ialah awal bulan September iaitu selama seminggu
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2022 07:40 AM | Show all posts
Jom mengundi semua nanti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.112972 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list