View: 3528|Reply: 51
|
“Dasar Mentaliti Sampah, Orang Bodoh Je Main Cop Parking,"-Pemandu Viva Plat D Dimaki
[Copy link]
|
|
Meskipun Polis Diraja Malaysia (PDRM) menguatkuasakan undang-undang berkaitan ‘cop parking’, namun masih ramai yang tegar melakukannya terutama di pusat beli-belah tumpuan ramai.
Terbaharu, gelagat seorang wanita berbaju hitam berdiri menunggu di petak parkir kosong di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur dirakam dan dikongsikan di TikTok.
Menerusi video berkenaan, kedengaran wanita yang merakam insiden itu merungut kerana hampa dengan situasi yang terjadi.
Foto: Twitter
“Kejadian cop parking kat mall. Orang penat pusing cari parking, dia boleh main cop... tolong viralkan ya,” tulisnya di kapsyen video berdurasi 23 saat itu.
Menyifatkan tindakan tersebut sebagai kurang ajar, pengunjung tersebut juga menyatakan dia sudah berada di parkir kosong berkenaan terlebih dahulu namun dihalang untuk memasukinya.
Beberapa ketika selepas itu, kelihatan sebuah kereta jenis Perodua Viva berwarna hitam memasuki ruangan parkir berkenaan.
Bukan hanya tidak rasa bersalah kerana berkelakuan seperti itu, malah dia turut meletakkan kenderaan dalam keadaan senget.
Bagaimanapun video pertama yang dimuat naik di akaun TikTok milik Norafidah Azman dipadam kerana dikatakan berunsur buli sebelum menjadi tular di beberapa platform media sosial yang lain termasuk Twitter.
Menerusi perkongsian di ruangan Twitter, sekumpulan warganet mengaitkan tindakan wanita yang menanda parkir tersebut dengan tingkah laku orang tidak bertimbang rasa.
“Perangai orang tak guna otak macam ni la. Dah terbiasa sangat cop parking dekat pasar malam!
“Dasar mentaliti sampah, orang bodoh je main cop parking,” luah beberapa netizen.
Dalam pada itu, ada juga netizen mencadangkan orang ramai yang berdepan situasi sama agar bersikap tegas dan terus memasuki ruangan parkir kosong tanpa menghiraukan mana-mana individu yang cuba menghalang.
“Patut masuk, tunjuk akta kesalahan cop parking.
“Pernah sekali dekat R&R pakcik tu suka hati nak cop parking padahal saya dah bagi signal dulu sebelum dia terkedek-kedek sampai dekat kotak parking. Kisahnya saya terus melulu masuk parking makanya dia pun terpaksalah mengelakkan diri kalau taknak kena langgar.
“Lain kali kalau nampak orang berdiri dekat parkir, redah je! Lepas tu ambil gambar dia, anything terjadi pada kereta dia adalah suspek.
“Blok saja parking spot yang kawan dia berdiri tu. Biar kawan dia tak dapat parkir, kemudian lepak dalam kereta,” ujar beberapa netizen.
Terus menyusuri ruangan komen, kebanyakannya mengaitkan tindakan tersebut dengan isu kenegerian berikutan nombor plat kereta Viva tersebut bermula dengan huruf ‘D’.
Malah ciapan ringkas seorang pelayar Twitter yang mengongsikan video terbabit dengan perkataan ‘kelllll’ juga dilihat seolah-olah berkaitan kenegerian kerana ditafsirkan sebagai ringkasan kepada Kelantan.
Namun individu yang berkongsi video berkenaan meminta orang ramai agar tidak menghukung rakyat negeri Kelantan yang mencari rezeki di Kuala Lumpur.
"Bukan salah nombor plat tapi pemilik kereta tu," katanya membalas komen netizen.
Untuk rekod, budaya cop parking ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana petak parkir itu adalah hak milik awam, maka mana-mana individu tiada hak untuk mendesak atau menghalang individu lain daripada menggunakan petak parkir itu.
Individu yang sengaja cop parking boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan; dan sekiranya kesalahan berulang kali kedua atau lebih, individu itu boleh dikenakan denda maksimum RM4,000 atau penjara tidak lebih dua belas bulan, atau kedua-duanya; seperti yang diperuntukan dalam Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
semoga ada ustaz/ustazah yang boleh tularkan isu cop parking ni beserta hukum2 solid dan akta denda pelbagai terutamanya untuk ummah pprt di flat2 yang suka main cop2 parking last week meols ada tengok isu ni dibangkitkan kat 999 |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok cara berpakaian pun dah boleh tahu asal mana. Hasil yang dituai bila pelajaran sivik dah tak diajar lagi disekolah. |
|
|
|
|
|
|
|
Aiyo mai dari hutan mana masuk pekan duk cop2 paking nih
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang kata, baca doa makan kalau nak cari parking |
|
|
|
|
|
|
|
D - serombi mekah ketewwwww??? |
|
|
|
|
|
|
|
alieyrina replied at 9-8-2022 06:27 PM
Aiyo mai dari hutan mana masuk pekan duk cop2 paking nih
Sakai budu |
|
|
|
|
|
|
|
TMB sskjp lega....mujur cop2 parking kt luar kelate |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah melayu! Dah setaraf cina bukit main cop parking..selalunya pe'el tak semenggah cop parking cina aja yang buat |
|
|
|
|
|
|
|
Sama juga supermarket beratur timbang atau bayar boleh kau masih jalan2 ambil barang lain 10 ketul |
|
|
|
|
|
|
|
lo_la: Orang kata, baca doa makan kal ... aku pon baca doa makan klu nak carik parking |
|
|
|
|
|
|
|
Report kat jpj skali pasal tinted gelap tu...biar masa dia kena buang terpaksa gi jpj.buang duit sebb kena ganti tinted |
|
|
|
|
|
|
|
semalam kereta plet D selamba buang sampah dari dalam kereta kat tepi jalan sambil tunggu anak balik sekolah. |
|
|
|
|
|
|
|
anak beranak perodua
nak expect apeee |
|
|
|
|
|
|
|
Mesra Mall Kertih tu bukan main banyak Parking lot pun kaka kena dengan orang macam ni. Boleh lak acik gundu tu cekak pinggang jadi gargoyle dekat parking lot. Paduhal kita dah beri signal light nak masuk. Kereta dia pun dah park jauh sikit, tapi jerit2 suruh suami dia pindah kereta. Betul2 WTF |
|
|
|
|
|
|
|
org camni jgn bg lesen sebab mentally unstable utk memandu. |
|
|
|
|
|
|
|
mmber aku yg bawak kete terhegeh2 mcm ni la, asal nk park baca doa makan, semedang jumpak parking dekat pintu masuk hihihi
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni pun nk viral...tiktokers marhaen.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|