ANDAI anda menjejakkan kaki ke Negeri Di Bawah Bayu, Sabah pastinya mata akan tertumpu kepada keindahan negeri pelancongan itu.
Pemerhatian kali ini tertumpu kepada gelagat anak-anak mudanya saban hari bagi mengisi masa lapang.
Jarang sekali kita dapat melihat anak-anak mudanya hanya melepak tanpa berbuat apa-apa.
Sebagai contoh, ketika berada di Pasar Filipina yang terkenal dengan jualan kerongsang mutiara dan ikan segar dari lautan, ramai anak muda sekitar usia tujuh hingga 20-an berada di sana.
Mereka tidak hanya duduk di tembok sebaliknya ada sahaja kerja hendak dilakukan. Ada yang memunggah ikan, ada yang mencuci lantai pasar, ada yang memanggil-manggil pelanggan.
Kita yang asalnya tidak mahu membeli terus 'terbeli' dua tiga kilogram ikan. Sebaik membeli ikan, ada pula anak-anak kecil yang menawarkan diri untuk menjinjing plastik yang penuh makanan laut dengan kadar upah sangat minimum iaitu RM1.
Itu bila waktu siang, apabila malam menjelma, sebahagian besar anak muda Sabah berniaga. Dari sekecil-kecil perniagaan seperti menjual kepak ayam sehinggalah mengusahakan restoran.
Amat jarang sekali kita lihat warga emas masih di luar rumah sama ada berniaga ataupun berjalan-jalan. Ada bukan tiada langsung namun bilangannya amat kecil sekali.
Kalau di tempat kita, pantang hari hujung minggu, aktiviti lumba motosikal oleh mat rempit begitu kerap berlaku sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
Terbit rasa kagum dalam diri kepada rakyat Sabah. Mereka begitu rajin bekerja dan berusaha mencari rezeki untuk sesuap nasi.
Tapi pemimpin mereka pula bagaimana ya? Hendak mengurus jalan rosak dan berlubang juga mengambil masa amat lama!
Post time 9-8-2022 10:37 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sebagai contoh, ketika berada di Pasar Filipina yang terkenal dengan jualan kerongsang mutiara dan ikan segar dari lautan, ramai anak muda sekitar usia tujuh hingga 20-an berada di sana.
Mereka tidak hanya duduk di tembok sebaliknya ada sahaja kerja hendak dilakukan. Ada yang memunggah ikan, ada yang mencuci lantai pasar, ada yang memanggil-manggil pelanggan.
Kita yang asalnya tidak mahu membeli terus 'terbeli' dua tiga kilogram ikan. Sebaik membeli ikan, ada pula anak-anak kecil yang menawarkan diri untuk menjinjing plastik yang penuh makanan laut dengan kadar upah sangat minimum iaitu RM1
yg dia ckp tu semua pilipin, tu bukan anak sabah. Yih
dekat MASJA kuching tu yang ramai budak2 yang makpak dia asal semenanjung yang bawak budaya rempit dekat kuching.. orang melayu sarawak, iban bidayuh jarang yang merempit.. lebih suka lepak main gitar atau ngirup langkau je..
Post time 10-8-2022 11:09 AMFrom the mobile phone|Show all posts
sharlenetexas replied at 9-8-2022 10:42 PM
BWN?
Stateless?
Rasanya kalau yg d KK, itu warga pelipin, means mmg mak ayah dia datang dari negara filipina n berumah tangga kat KK. Kalau ada polis buat checking, dorang ni akan kena hantar balik filipina.
Yg stateless tu yang bangsa pelauh kat laut semporna, yg itu negara pelipin pun takmau claim dorang sebab dorang duduk atas air. Sabah pun bukan, filipina pun bukan. Lebih kurang gtu lah yg i paham. Tp kalau nak info yg betul2 tepat, maybe kat penyelidik2 UMS
Post time 10-8-2022 12:06 PMFrom the mobile phone|Show all posts
tripleid replied at 10-8-2022 11:52 AM
sebab kat sana takde org melayu barangkali???
Kat sabah ni bukan pengguna motor sgt mcm kat semenanjung malaysia atau kat Kuching Sarawak. Tak tahu lah kalau skrg dah mula ramai pakai
motor tp setakat 10 - 20 thn sebelum ni, mmg tak ramai bermotor kat sabah, ada tu mmg lah tp tak seramai sebanyak gila mcm kat semenanjung. So mcmana nak ada mat rempit.
Kalau ckp pasal budaya berlumba ni, kat KK apa kurangnya, malam2 minggu kat sesetengah highway d KK tu diguna utk berlumba. Lumba kereta lah. Budak2 muda sama je mana2 tempat pon. Takde tempat sesuci lebaran.